Renovasi Rumah Lama Yang Terbiar Selama 10 Tahun

3,503 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kebanyakkan rakyat Malaysia ini apabila hendak memiliki rumah sendiri pastinya akan membeli sebuah rumah yang terpakai dan terbiar dengan harga yang murahkan? Ada yang membelinya dengan harga murah tanpa mengira mengenai kondisi rumah tersebut untuk disimpan selama beberapa tahun.

Macam yang dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Noor Atikah Sobri ini, beliau berkongsikan hasil renovasi rumah lama beliau yang ditinggalkan selama 10 tahun. Dalam masa 10 tahun terbiar macam ni memang nampak lusuh dan banyak kena baiki.

Renovasi ini dilakukan oleh kontaktor profesional. Hasil akhir renovasi rumah ini ditunjukkan dalam aplikasi tiktok. Ingin tahu bagaimanakah rupa rumah ini setelah 10 tahun terbiar dan juga hasil akhir renovasi rumah ini? Jom kita tengok.

Renovasi Rumah Lama Yang Terbiar Selama 10 Tahun Ini Berubah Menjadi Wajah Baharu

Alhamdulillah setelah 10 tahun beli rumah. dan terbiar macam rumah hantu. 2023 baru ada rezeki untuk renovate. Yang ni full dari kontraktor. Tema untuk rumah renovasi sebegini adalah warna hitam dan putih

Keadaan Rumah Lama Terbiar Selama 10 Tahun

Beginilah dia keadaan rumah lama yang terbiar.

Renovasi Rumah Lama

Masuk sahaja terus nampak dapur. Tiada partition pada awal-awalnya.

Bilik nom 1 ini adalah bilik master bedroom.

Renovasi Rumah Lama

Bilik nombor 2.

Bilik air 2 ini berada pada bahagian luar dan bukan dalam bilik.

Ini pula bahagian dapur yang merangkumi sinki dan juga bahagian belakang.

Renovasi Rumah Lama

Ruang belakang yang terbiar. Sini boleh dijadikan sebagai tempat laundry.

Renovasi Rumah Lama

Hasil Akhir Renovasi Rumah Lama Yang Dilakukan Oleh Kontraktor

Alhamdulillah, dah siap sepenuhnya. Masuk awal-awal rupa pagar pun dah cantik.

Renovasi Rumah Lama

Ruang tamu pun sudah bertukar wajah kepada tema warna hitam putih.

Kabinet TV dilakukan dan juga berfungsi sebagai partition untuk halang pandangan dapur.

Renovasi Rumah Lama
Renovasi Rumah Lama

Keadaan bilik masing-masing selepas memasang tiles.

Yang ni special. Bahagian dapur yang cantik lengkap dengan kabinet dapur tinggi dan lampu.

Renovasi Rumah Lama
Renovasi Rumah Lama

Video Tiktok Untuk Hasil Sebelum Dan Selepas Renovasi Rumah Ini

Sebelum

Selepas

Kredit : ahsibnusinacontra

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down