Bercerita mengenai rumah ruang terhad, rasanya semua dapat membayangkan bagaimana keadaan kediaman tersebut. Namun, jika pandai bermain dengan suasana, ruang yang kelihatan sempit pun akan jadi lebih luas dan menarik.
Itu yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nadhira Azahri. Beliau telah melakukan renovate rumah apartment yang berusia 10 itu kepada satu konsep baru yang menarik.
Jadi, jom sama-sama kita lihat penghasilan deco yang dilakukan olehnya di bawah ini.
Renovate rumah apartment yang sudah 10 tahun. Alhamdulillah.
Dekorasi mengikut kesesuaian rumah anak-anak yang masih kecil.
Gambar pertama sebelum renovate.
Keadaan ruang tamu rumah ini sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan ruang tamu rumah setelah selesai diubahsuai. Lantai yang digunakan adalah jenis SPC. Lampu L box siling yang digunakan itu pula adalah pakej semasa penukaran siling yang dilakukan oleh tukang.
Keadaan ruang makan setelah selesai diubahsuai.
Keadaan ruang solat setelah diubahsuai. Rak tersebut beli di kedai Pakistan harga dalam lingkungan RM100 sahaja.
Keadaan ruang santai selepas diubahsuai. Kerusi beli di kedai perabot.
Dapur ini pula ditambah kabinet dan lantai vinyl dengan kos anggaran sekitar RM2k.
Bahagian ruang laundry selepas diubahsuai. Biarpun ruang terhad, namun, susunan barangannya agak kemas dan rapi. Bak kata orang "biar simple janji kemas".
Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi idea dan inspirasi kepada pembaca di luar sana dalam cuba untuk ubahsuai rumah kediaman.
Semoga bermanfaat.