Semua pemilik rumah berkeinginan untuk tinggal di dalam keadaan rumah yang cantik dan selesa. Jika rumah yang dihuni itu telah lama tidak di deco dengan konsep yang lebih ceria, apa kata cuba memberikan nafas baru terhadap rumah tersebut.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Zalina Mohd Aziz. Beliau telah melakukan renovate rumahnya itu selepas 13 tahun mendiami dengan konsep baru yang lebih selesa.
Jadi, jom sama-sama kita lihat gambar sebelum dan selesai rumah ini diubahsuai.
Alhamdulillah. Rumah Kecil ku. Ini sahaja yang mampu.
Proses ubahsuai rumah ini mula dilakukan.
Proses pemasangan mozek dilakukan.
Bahagian dapur sudah mula diubahsuai menjadikannya lebih cantik dan menarik. Dengan itu, sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan apabila berada di dapur.
Proses diteruskan lagi dengan mengecat dinding rumah.
Keadaan sebelum dan selepas ruang tamu rumah ini. Rumah yang mempunyai ruang terhad bukanlah menjadi penghalang untuk tidak diubahsuai dengan cantik dan kemas.
Gambar sebelum dan selepas ruang dapur ini. Selepas diubahsuai, ruang dapur lebih kelihatan kemas dan sangat menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu semua pembaca di luar sana dalam cuba untuk ubahsuai dan deco rumah supaya cantik dan menarik.
Semoga bermanfaat.