Ramai kaum wanita mahupun lelaki yang mempunyai rasa keinginan untuk mempunyai sebuah dapur yang penuh dengan keselesann dan juga peralatan dapur yang banyak bagi memudahkan urusan di dapur. Mengikut satu perkongsian daripada Siti Zahrah Md Nor menerusi laman sosialnya, beliau berkongsi hasil renovate seluruh dapur miliknya kepada dapur yang beliau idamkan.
Beliau juga berkongsi rupa sebelum dan selepas hasil renovate dapurnya dengan keluasan 20ft x 12ft dengan hasil gabungan sebuah kitchen island yang sangat menarik pada posisi yang sesuai dan tepat.
Melamine yang saya request jenis tebal sikit, so berat dan tahan lama. Semua ini saya buat dengan seller kabinet yang sama.
Masa tengah bina, saya rasa dapur ini kecilnya dan sesuai ke nak ada kitchen island ni. Bila semuanya dah siap, Alhamdulillah.
Buat kitchen island sebab saya dan husband jenis suka berborak dan bincang hal anak-anak di dapur. Tapi rasa lega sebab at least dah boleh memasak.
Rupa sebelum dapur diubahsuai
Ini spesifikasi dapur beliau
Rupa selepas dapur diubahsuai siap
Pilihan gabungan warna kabinet dan dinding sangat sesuai dengan sedikit perhiasan pasu bunga di atas kitchen island dapat mencantikkan lagi suasana di dapur.
Posisi tingkap kecil ini sangat kreatif dan cantik serta dalam masa yang sama dapat menikmati udara segar yang manpu membantu aliran udara di dapur.
Corak table top pada kitchen island seolah seperti corak marble menampakkan kitchen island itu mewah dan berkualiti tinggi serta rekabentuk kitchen island ini yang simple dan sesuai untuk bersembang bersama insan tersayang.
Sumber :Â Siti Zaharah Md Nor