Revonasi Rumah Kos Rendah Bermodalkan RM 20K

5,730 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sekarang ni ramai antara kita yang gemar melakukan renovasi pada mana-mana bahagian rumah mereka. Hal ini demikian kerana, mereka ingin besarkan ruang dapur, bilik tidur atau ingin menukar cat baru.

Tapi, segelintir masyarakat kita masih berfikir bahawa melakukan renovasi pada rumah kos rendah adalah perkara yang merugikan. Sebenarnya tak rugi pun renovate rumah kos rendah ni. Asalkan ianya masih seiring dengan bajet yang telah diperuntukkan.

Melalui perkongsian dari ass_em88 dalam laman sosial tik tok, beliau telah berjaya melakukan renovasi kepada rumah kos rendah dengan hanya bermodalkan 20 ribu ringgit malaysia. Jom sama-sama saksikan perkongsian dari beliau.

Renovasi Rumah Kos Rendah Yang Lebih Menarik Bermodalkan RM 20K

@gjaiahmad88

Jumpe video lama..kita post balik masa renovate rumah bajet ciput..Alhamdulillah siap tempat berteduh yg selesa... #3tahunlepas #rumahpertamaku

♬ Pulang - K-Clique

Keadaan Rumah Sebelum Dilakukan Renovasi

Tengok daripada keadaan rumah ni, tak banyak yang perlu dilakukan renovasi. Tapi siapa je tak nak rumah yang cantik dan kemas kan. Jadi terus buat renovasi untuk bagi keselesaan kepada keluarga tersayang.

rumah kos rendah

Ini merupakan bahagian tepi rumah. Perlu dikemas dan buang rumput-rumput supaya sedap mata memandang.

Keadaan di ruang tamu dan di dalam bilik.

Walaupun nampak ruang dapur ni sempit, tapi ia tetap boleh direnovasi kepada dapur yang lebih luas.

Proses Renovasi Dapur Lama Kepada Dapur Baru Yang Lebih Selesa Dan Menarik

Untuk dapatkan ruang dapur yang lebih luas, buat kabinet dapur adalah penyelesaian yang terbaik.

Pada bahagian luar rumah pula telah dipasang pagar supaya lebih selamat. Tak ada la orang masuk rumah macam tu je kan.

Hasil Akhir Setelah Dilakukan Renovasi

Inilah hasilnya selepas siap dibersihkan dan dicat semula dinding ruang tamu. Tak banyak perabot pun dalam rumah ni. Dekorasi pun buat yang mana mampu je. Asalkan nampak kemas dan sedap mata memandang.

rumah kos rendah

Tada! Inilah hasil renovasi dapur tadi. Nampak tak betapa banyaknya barang dekat atas meja tu. Tak kira barang yang nak dibeli baru lagi. Biasa la, perempuan kan. Tak lari dari beli barang dapur mereka.

Korang yang kaum adam tok soh marah pula, orang perempuan ni beli untuk mudahkan memasak. Korang juga yang nak makan nanti. Betul tak?

rumah kos rendah

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai renovasi rumah kos rendah bermodalkan Rm 20 ribu. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua. Ingat! Berbelanja mengikut bajet, bukan mengikut hawa nafsu semata-mata.

Sumber : @gjaiahmad88 (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down