Makeover Ruang Tamu Rumah Subsale Kepada Ruang Mewah

2,624 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah subsale bukanlah sesuatu perkara yang baru bagi rakyat Malaysia. Malah ia adalah pilihan paling popular bagi mereka ingin membeli rumah. Hal ini demikian kerana kos pembelian rumah ini lagi murah berbanding kos pembinaan rumah baru.

Harga rumah subsale ni memang la murah tapi korang jangan pula sesuka hati je beli rumah subsale tu. Siasat dulu kenapa pemilik rumah nak jual. Kena betul-betul teliti dalam memilih rumah subsale yang korang nak.

Check dulu sama ada rumah tersebut dalam kawasan yang tinggi kes jenayah atau masih mempunyai hutang dengan pihak bank. Jika korang bijak dalam memilih rumah subsale, korang tak perlu bazirkan banyak duit untuk lakukan makeover.

Jazmeen Yeap telah berkongsi mengenai makeover ruang tamu rumah subsale yang telah dilakukannya menerusi laman Tik Tok. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian beliau. Mana tau suatu hari nanti, kita diberi peluang untuk memiliki rumah sendiri. Dapatlah jadikan inspirasi untuk deko ruang tamu nanti!

Ruang Tamu Rumah Subsale Berjaya Diubahsuai Kepada Ruang Yang Lebih Elegan Dan Eksklusif

Keadaan Ruang Tamu Sebelum Dilakukan Makeover

Keadaan ruang tamu ni tak adalah teruk sangat seperti rumah subsale lain. Tapi tetap nak lakukan makeover supaya lebih cantik dan selesa buat keluarga tersayang.

ruang tamu rumah subsale

Hasil Akhir Selepas Dilakukan Makeover

Wah! Memang cantik sangat dekorasi rumah macam ni. Kalau macam ni, tak ada orang yang menyesal beli rumah subsale. Kos pembinaan rumah dah tak perlu nak fikir, fikir nak deko bagi nampak mewah dan cantik je.

Tapi tak semua keadaaan rumah subsale tu okay tau. Ada je rumah subsale yang banyak kerosakan seperti masalah saliran, paip tersumbat, jubin berkulat dan sebagainya.

ruang tamu rumah subsale
ruang tamu rumah subsale
ruang tamu rumah subsale

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai makeover ruang tamu rumah subsale yang dimiliki oleh Jezmeen Yeap. Semoga perkongsian ini dapat anda jadikan inspirasi untuk deko ruang tamu rumah kelak.

Sumber : @jezalzahraa (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down