Rumah Biasa Diubahsuai Menjadi Homestay Private Pool

9,162 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Homestay apa yang cantik dan dilengkapi dengan private pool ini? Sudah semestinya ia merupakan homestay milik Nita Hj Salleh. Beliau telah kongsikan hasil ubah suai sebuah rumah yang buruk yang dibelinya dengan harga bawah market dan mengubahnya menjadi sebuah homestay yang cantik. Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok hasil dekorasi dalaman rumah homestay milik beliau ini.

Rumah Biasa Diubahsuai Menjadi Sebuah Homestay Private Pool Yang Cantik

Asalnya beli rumah ni nak duduk, tapi pikir pikir fokus nak buat bisnes lah. Tersadai lama jugak dengan pkp lah ape lah. Akhirnya penuh perih jerih siap jugak laman mahinun ni . Aku buat homestay kolam. Tapi aku letak jiwa pada projek ni supaya setiap tetamu aku rasa cinta dan bahgia bila melangkah kaki ke dalam rumah.

Aku panggil id khas untuk deko. Semua terperinci dari paip sampai lah sofa dan katil. Semua material aku titik beratkan untuk pastikan hasil yang memuaskan. Deko taman tak siap skit lagi dan porch baru siap ari ni tak dan amik gambar lagi.Rumah beli 118k dan total reno dan barang barang habis 120k termasuk kolam ,perabot dan sambung dapur serta tukar atap.

Sambung atap acp jer dah 15k.Tapi alhamdullikah dah stat operasi dan terima tetamu pertama hari ni.Lokasi : taman spekan jaya pekan pahang. Kampung bosskur.Homestay laman mahinun private pool. Harap aku sentiasa dapat guest yang baik dan jaga umah ni macam rumah sendiri. Aaminn

Dekorasi Dalaman Rumah Homestay Private Pool Ini

Ni bukan rumah aku. Cari gambar tak jumpa. Tapi ni lah rupa rumah asal aku beli. Sebenarnya masa aku beli lagi buruk dari ni. Huhuhu. Tapi rezeki beli bawah market value. Rumah semi D tapi kategori kos rendah.

Homestay Private Pool

Gambar dalam sebelum takde, yang ada yang dah siap. Gambar yang sebelum ubahsuai ini sangatlah teruk.

Dapur ni aku sambung. Konsep black n wood. Lampu semua shopee bawah RM200 jer.

Homestay Private Pool

Simple jer bilik utama. Katil king. Sarung cadar beli shopee jer. Kain cotton nipis tapi ok sangat.

Homestay Private Pool

Toilet pula berkonsepkan black grey tiru google.

Homestay Private Pool
Homestay Private Pool

Private pool yang berada didalam kawasan rumah ini. Privasi terjaga dan boleh mandi manda dengan anak-anak.

Homestay Private Pool
Homestay Private Pool

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat menjadi inspirasi kepada mana-mana rumah yang terbiar untuk diubahsuai menjadi sebuah homestay atau rumah sewa yang cantik.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Nita Hj Salleh

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down