Semua suami mahukan yang terbaik buat isteri kesayangannya. Lagi-lagi apabila isterinya hamil, sudah pasti banyak benda yang dimahukan tidak kira mengidam dari segi makanan, deco rumah dan banyak lagi.
Secara kebiasaannya, ibu hamil hanya mengidam ingin makan makanan yang lain daripada yang lain sahaja. Tetapi, tidak bagi wanita ini yang bernama Shafura Abidi, beliau mengidam untuk mendekorasikan rumah kediamannya supaya kelihatan menarik dan tenang.
Jadi, untuk melihat ubahsuai rumah kampung yang dilakukan bersama suaminya. Jom teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Apabila Ibu hamil mengidam nak mendeco rumah. Ini hasilnya, rumah kampung bertukar wajah.
Terima kasih suami banyak tolong.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ketika ini proses pemasangan lantai vinyl dipasang bermula dari bahagian hadapan pintu masuk dahulu.
Keadaan lantai selepas selesai diubahsuai.
Ruang tamu setelah selesai dideko dengan konsep dan cara baru yang lebih ceria dan tenang. Sesuai untuk ibu mengandung.
Ruang tv selepas didekorasikan.
Pada bahagian dinding diletakkan frame islamik.
Bahagian ruang makan selepas dideco.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Selamat mendeko.