Setiap kali min balik ke kampung memang banyak min nampak rumah kampung kayu terutamanya yang jenis rumah tinggi ni dibiarkan begitu sahaja. Kadang sedih juga bila tengok rumah besar, tinggi dan megah itu dibiarkan macam tu disebabkan usia yang lama dan kayu banyak yang reput.
Jika rumah kayu reput dilayan sebegitu sememangnya tidak akan diterima oleh pengguna facebook bernama Tuah Kencana ini. Beliau juga ada rumah kayu sebegitu namun tetap mengambil inisiatif untuk membaikpulih agar nampak lebih cantik dan berseri sebagaimana rumah kayu yang lain.
Beliau siap meminta pandangan daripada ahli-ahli grup bagaimana untuk melakukan ubahsuai rumah tersebut. Ramai yang menyatakan untuk roboh sahaja namun tidak peduli dengan kata-ata tersebut. Sebaliknya, beliau tetap nak berikan gaya yang moden terhadap rumah kayu reput tersebut dengan deko Boho Scandinavian.
Beberapa tahun lalu saya ada bertanya dalam group mengenai cadangan untuk membaik pulih rumah usang. Terima kasih dgn maklumbalas & nasihat. Akhirnya projek gila ini diteruskan.
Saya nak kongsikan journey rumah ini untuk beri inspirasi pada mana mana yang ada rumah usang atau rumah warisan lama.
“Runtuh sahaja rumah ini, senang buat baru terus”, itu kata kata yang biasa saya terima dari pelawat dan kontraktor.
Tapi naluri kuat untuk terus mengekalkan struktur asal rumah ini. Projek ini bermula sejak penghujung May 2022. Terima kasih kepada kontraktor yang sanggup menyahut cabaran impian gila saya!
Ya memang gila sebab nak transform rumah usang ke rumah konsep loft bersiling tinggi. Sebahagian lantai tingkat atas dibuka untuk menjadikan rumah konsep siling tinggi untuk meningkatkan pengudaraanKayu kayu reput diganti dan tingkap tingkap ditukar dengan tingkap cermin untuk meningkatkan pencahayaan semulajadi.
Cabaran utama adalah pembinaan kolam sebab tanah di kawasan sangat berair dan kawasan yang sempit untuk jentera masuk. Masuk pula musim hujan menyebabkan air bertakung dan berlumpur. Masuk segment mendeko. Rujukan utama adalah dari Pintrest sambil berangan.
Ye berangan itu sangat penting tuan puan hihi. Konsep rumah adalah boho Scandinavian. Taman taman di luar hanya guna kaktus sebagai penyeri (sebab malas nak maintaince). Inspirasi dari Pintrest juga.
Setelah 6-7 bulan bertungkus lumus, akhirnya siap sepenuhnya. Stresss & sangat penat tapi hasilnya sangat memuaskan.Terima kasih pada kontraktor saya. Jika ada area Perak nak gunakan khidmat beliau sgt recommended.
Dari Rumah Kayu Usang Lama Dan Reput Kini Diberikan Rupa Yang Cantik
Pos asal dulu milik Tuah Kencana yang dilihat telah meminta pandangan daripada group bagaimana untuk membaikpulih rumah kayu reput dan usang ini.
Dalaman rumah kayu tersebut. Daun pun sudah menjalar masuk kedalam. Jika dibiarkan lagi mungkin akan tumbuh semak samun.
Proses awal-awal dimulakan dengan membuangkan kayu-kayu yang dah reput sangat. Memang kayu ni dah tak boleh guna lagi.
Proses membina kolam renang kat tepi rumah ni sebab view balkoni ni memang cantik kalau tengok kolam renang dari situ.
Dah settle ubahsuai apa semua. Kan dah cakap view kolam renang dari balkoni ni nampak cantik.
Cantikkan lepas kesemua bahagian rumah kayu reput ini diberikan nafas baharu. Kayu pun tukar baharu dan cat pun ala-ala tema kampung gitu.
Dalaman didalam rumah kayu ini. Selama 6-7 bulan untuk dapatkan deko yang cantik sebegini. Konsep yang diminatinya iaitu Boho Scandinavian.
Kredit : Tuah Kencana