Rupa Rumah Bujang Sebelum Dan Selepas Makeover Dilakukan

2,526 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rupa rumah bujang ni kadang-kadang ia punya makeover lagi cantik berbanding rumah lain. Sebab apa? Sebab rumah bujang ni macam-macam dekorasi boleh dilakukan mengikut kemahuan si bujang. Jika nak buat tema minimalis buat jer. Kalau nak buat tema bohemian pun boleh. Semuanya bebas.

Bagi Zaid Idris yang bujang ini ingin sebuah rumah bujang yang kelihatan cantik dan simple sahaja. Jadi, beliau berkongsikan rupa rumah bujang yang telah dilakukan makeover minimalis bertemakan warna silver. Jom kita melihat dekorasi rumah bujang milik Zaid Idris ini.

Rupa Rumah Bujang Sebelum Dan Selepas Makeover Rumah Dilakukan

Sebelum dan selepas. Rumah bujang. Rumah kecil je tapi kecik2 pon penat jugalah dah lah sorang buat. Paling penat nak pasang laminate floor tu cat pon boleh tahan lah penat tapi puas hati lepas siap.

Pada yang tanya harga laminate floor tu :

Normal harga rm80-150 (tapi saya dpt murah sbb stok lama dan tiada pilihan warna)

1 kotak ada 8pc. 8pc boleh cover dalam 21sqft, nak jimat pasang sendiri. Kalau upah pasang yang mahal. InshaAllah boleh je pasang sendiri, mudah je refer youtube

Dari Rupa Rumah Bujang Biasa Menjadi Rupa Luar Biasa

Masuk rumah pada awalnya macam-macam warna ada. Ada kuning, putih dan pink pun ada.

Rupa Rumah Bujang

Disebabkan first time nak deko jadi nak tetapkan untuk satu warna sahaja iaitu warna silver. Perabot pun pilih yang penting dan harga yang berpatutan.

Rupa Rumah Bujang

Bahagian pintu masuk nak ke ruang tamu. Sempit dan gelapkan? Kena letak lampu sini nak bagi nampak cerah.

Rupa Rumah Bujang

Bahagian dapur ni kecik jer jadi terpaksa bawak keluar sedikit barang dapur kat tepi ni.

Rupa Rumah Bujang
Rupa Rumah Bujang

Kredit : Zain Idris

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down