Tips Setup Mini Garden Di Balkoni Rumah Tinggi.

588 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Walaupun tinggal di rumah tinggi namun hal itu tidak mematahkan semangat Encik Fendi Isa untuk menghias mini garden di balkoni rumah beliau. Istilah 'nak seribu daya tak nak seribu dalih' amat sesuai lah diguna pakai dalam usaha Encik Fendi Isa ini.

Seperti semua sedia maklum keadaan rumah tinggi yang mempunyai ruangan yang terhad dan tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam. Namun ia bukan lah penghalang untuk Encik Fendi Isa terus bertani.

Jom ikuti perkongisan Encik Fendi Isa tentang tips untuk setup mini garden di balkoni rumah tinggi.

TIPS UTK SETUP MINI GARDEN DI BALKONI RUMAH TINGGI

Salam geng2 deko semua. Since ramai yg PM tanya saya, tips utk setup dan maintain CONTAINER GARDEN di balkoni rumah tinggi mcm yg saya buat ni. So saya share lah kat sini utk rujukan. Semua tips ni adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata.

TIPS PENTING!!

1. Pastikan Luas Balkoni

Pastikan ukuran luas balkoni sebelum membeli peralatan dan pokok-pokok utk elakkan masalah tidak cukup ruang yg akan menyebabkan taman nampak crowded. Berbeza taman di ruang tanah rumah bawah yg agak luas utk menempatkan pokok-pokok yg banyak.

2. Tentukan Kombinasi

Pilih kombinasi pokok2 yg berbeza-beza dari segi fizikal bagi menampakkan taman lebih menarik dan tidak bosan seperti
a) Bentuk daun: Bulat, bujur, tirus
b) Warna daun: Hijau, kuning, merah
c) Ketinggian: Tinggi, rendah, mendatar, menjalar
d) Jenis: Berbunga, tidak berbunga

3. Pelbagai Bentuk & Warna Pasu

Gunakan bentuk dan warna pasu yang pelbagai dan bersesuaian dgn pokok bagi menampakkan kelaian dan variasi pada taman

4. Mengetahui Sifat Pokok

Pastikan kita tahu sifat pokok berkenaan utk membolehkan ianya hidup subur dengan penjagaan yang bersesuaian:
a) jenis tidak boleh kena matahari secara terus
b) jenis tidak boleh menangkung air di bahagian akar
c) jenis kena siram tiap-tiap hari atau selang masa
d) jenis pokok yang perlu cahaya matahari terus dan lain-lain

5. Gunakkan Alat

Gunakan rak, stool atau alas utk menyusun atau meletak pokok bagi memberi kepelbagaian ‘rythm’ kepada susunan pokok utk menampakkan taman lebih menarik, bukan hanya satu paras yang sama.tips setup mini garden

6. Siramkan Bunga

Siram pokok atau sembur (misting) mengikut jenis pokok (ada pokok perlu siram setiap hari, ada dua hari sekali dan ada perlu siram hanya sekali seminggu). Namun jumlah air mestilah dikawal memandangkan pokok2 ini berada di dalam pasu. Air berlebihan boleh menyebabkan akar pokok rosak dan pokok akan mati.
tips setup mini garden


7. Tanah Yang Sesuai

Gunakan tanah yg sesuai dan telah dikompos dengan baja. Ada dijual dia kedai2 bunga atau pasar raya.
tips setup mini garden


8. Baja Cara Yang Betul

Perlu dibaja, sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali sama ada baja utk daun atau bunga. Baja utk kombinasi bunga dan daun ada dijual di nurseri. Namun kalau hanya pokok berdaun, memadai menggunakan baja untuk daun sahaja.
tips setup mini garden


9. Berat yang seimbang

Memandangkan taman berada di aras tinggi, gunakan tanah dan pasu yg lebih berat utk elakkan pokok terbalik dan jatuh akibat angin atau hujan yg lebat. Kalau nak gantung, kena pastikan ianya didrill dgn kuat dan gantungan kuat dan selamat.
tips setup mini garden


10. Pokok Tidak Perlu Air

Sekiranya rutin kerja kita menyebabkan kita selalu ‘outstation’, sila pastikan kita tanam pokok2 di taman kita yang tidak memerlukan siraman setiap hari. Kalau tak, balik outstation pokok akan layu atau mati. Kalau beli pokok di IKEA, biasanya di label ada ditulis siap2 tempoh siraman pokok berkenaan.
tips setup mini garden


11. Tengok Kondisi Pokok

Rajin-rajin la tengok2 pokok berkenaan kalau2 ada serangga perosak yg boleh menyebabkan pokok mati. Kalau ada, boleh guna racun serangga yg boleh dibeli di kedai tanaman.
tips setup mini garden


13. Selalu ada pasu pendua

Untuk elakkan lantai menjadi kotor semasa menyiram, gunakan pasu pendua atau pelapik. Biasanya pokok2 dalam pasu tidak memerlukan air yg banyak seperti pokok di atas tanah, so memadai siram terus ke tanah di dalam pasu, bukannya siram dari atas pokok bagi elakkan air meleleh keluar yg menyebabkan lantai kotor. Saya hanya guna satu cawan air utk satu pasu. Itu sudah cukup.
tips setup mini garden

Kredit : Fendi Isa via DRKSK

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down