“Hmm..teringin nak tukar dapur gas baru yang nampak moden, tapi takkan nak kena berhabis beribu-ribu untuk ubahsuai kabinet yang dah ada?”
Inilah dilema yang selalu dihadapi oleh suri-suri apabila membelek gambar-gambar dapur yang indah lagi elegan, bercitarasa terkini di Giler Deco. Impian untuk mendapatkan dapur kaca idaman perlu ditimbang tara dengan kos renovasi atau menukar kabinet baru yang tak sedikit pengerasnya.
Memahami situasi sebegini, Rinnai, jenama kelengkapan dapur No.1 dari Jepun mengeluarkan model dapur gas kaca gaya moden tanpa anda perlu mengubahsuai dapur sedia ada. Berpengalaman lebih 100 tahun dalam pembangunan teknologi dapur gas, Rinnai menitikberatkan kehendak pelanggan mereka tanpa mengorbankan kualiti dan ketahanan produk keluaran mereka.
Di sini kami senaraikan beberapa kelebihan dan sebab kenapa dapur Rinnai Flexi Hob Cut-Out seharusnya menjadi pilihan untuk digunakan di dapur anda.
Jom kita lihat dengan lebih lanjut ciri-ciri yang ada pada Rinnai Flexi Hob :
Ciri utama yang menyebabkan Rinnai Flexi Hob menjadi pilihan ramai adalah kerana hob ini mempunyai ciri ukuran fleksibel untuk muat dengan kebanyakan saiz lubang kabinet dapur tanpa perlu mengubahsuai kabinet sedia ada, berbanding dengan hob yang lain.Ini boleh dicapai kerana Rinnai Flexi Hob mempunyai plat logam yang luas (anak panah berwarna biru) untuk menyokong dapur anda.
Anda masih dapat memuatkan selagi ukuran ruang pemasangan dapur anda berada dalam julat ukuran yang tertera pada gambar di atas.
Rinnai Flexi Hob mempunyai 3 jenis model untuk dipilih, iaitu :
1. Model RB-983G | Memiliki 3 tungku dapur untuk memasak secara serentak
Saiz cut-out : 70.5 - 84cm (W) x 40.5 – 48cm (D) |
|
2. Model RB-982G |
Saiz standard dengan 2 tungku dapur
Saiz cut-out : 70.5 - 84cm (W) x 40.5 – 48cm (D) |
|
3. Model RB-782G |
Sesuai untuk ruang dapur yang terhad
Saiz cut-out : 68 – 73cm (W) x 35 - 41cm (D) |
Kadangkala api dapur terpadam dengan tiba-tiba ketika memasak kerana sup yang telah meruap atau akibat tiupan angin dari luar tingkap. Dalam situasi ini, peranti keselamatan yang tersedia pada Rinnai Flexi Hob akan memutuskan bekalan gas secara automatik bagi mengelakkan kebocoran gas berlaku. Fuh, tak perlu panik dah!
Dengan pengalaman lebih 100 tahun, Rinnai sangat teliti dalam menyediakan ciri keselamatan untuk setiap model dapur gas mereka, selain daripada menghasilkan produk yang berkualiti.
Pembakar tertutup ini bertujuan untuk mengelakkan lebihan cecair sup atau kuah daripada tumpah ke dalam saluran gas pada tungku dapur. Sebagai bonus, proses membersihkan dapur menjadi lebih senang!
Setiap tungku dapur utama Rinnai Flexi Hob ini mempunyai dua lingkaran api yang membolehkan anda memasak apa sahaja sambil melaraskan saiz api yang diinginkan. Ciri ini sesuai untuk kebanyakan masakan rakyat Malaysia yang memerlukan dari sekecil-kecil api untuk merenih sup dan sebesar-besar api semasa menggoreng menggunakan minyak yang banyak.
Permukaan Rinnai Flexi Hob ini diperbuat daripada kaca tahan panas yang mudah untuk dicuci dan dilap sewaktu membersihkan dapur anda.
Selain daripada fleksibiliti pada saiz, Rinnai Flexi Hob ini didatangkan dengan 4 kaki getah yang dipasang pada bahagian bawah hob ini. Jadi sekiranya kabinet dapur anda tidak memiliki ruang pemasangan khusus untuk dapur gas, anda boleh meletakkan hob secara terus di atas kabinet tanpa perlu menebuk sebarang lubang pada kaunter dapur anda.
Ciri ini juga sangat sesuai untuk anda yang suka mengalih kedudukan dapur mengikut mood anda.
Penggunaan gas hob windshield untuk menghalang angin dari api terpadam adalah tidak digalakkan sama sekali. Apabila gas hob windshield ini digunakan pada permukaan kaca, ia akan memerangkap haba dalam kawasan hob windshield tersebut dan haba yang terperangkap akan memberikan beberapa kesan negatif :
Rinnai menawarkan jaminan umum selama 2 tahun, jaminan 5 tahun adalah untuk injap gas (gas valve) dan jaminan 10 tahun pula adalah untuk bahagian atas yang disaluti kaca (glass top).
Rinnai kini sedang mengadakan promosi dalam talian (Online) yang hanya tersedia melalui platform rasmi iaitu Lazada dan Shopee sahaja. Tunggu apa lagi? Cepat miliki dapur ini kerana promosi akan berakhir pada 31 Oktober 2021.
Rinnai selaku jenama no.1 di Jepun, sangat komited untuk menjadikan suasana dapur anda selamat tetapi pada masa yang sama memberikan suasana dapur yang cantik serta selesa. Dengan kelebihan saiz dan ciri yang fleksibel pada mana- mana ruang dapur, sudah pasti pembelian dapur ini sangat menjimatkan bajet dapur baru anda.
Anda dah jumpa dapur idaman kan?
Jika anda berminat, dapatkan Rinnai Flexi Hob di: