Tukar Nama Dua Kali Tahun Ni, Sultae Jelaskan Mengapa Penjenamaan Semula Terpaksa Dilakukan

203 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dari perniagaan secara kecil-kecilan hingga berjaya membangunkan kedai sebesar enam lot di Seksyen 7, Shah Alam, kualiti produk dari Sultae terus dapat perhatian penggemar hiasan dalaman.

Perniagaan barangan deko serta hiasan dalaman serba mewah ini bercadang untuk lakukan penjenamaan semula kepada Sultera.

Sultae

Kenapa Sultae Tukar Nama?

Keputusan Sultae pasti buatkan ramai pelanggannya tertanya-tanya kerana bukan sekali, malah dua kali namanya terpaksa ditukar.

Menurut pengasasnya, jenama asal perniagaan ini sebenarnya adalah The Sultan. Nama ini telah digunakan dari awal 2018 hingga penghujung tahun 2021.

Namun pada awal tahun 2022, syarikat ini lakukan penjenamaan semula daripada The Sultan kepada Sultae atas nasihat dari pihak istana.

Meskipun sudah ditukar, nampaknya nama Sultae juga tak bertahan lama dan tidak mendapat kelulusan pihak berwajib di Malaysia disebabkan ejaan dan sebutan Sultae ini juga merujuk kepada perkataan Sultan dalam dialek Kelantan.

Mahu atau tidak, Sultae terpaksa akur dan perlu lakukan penjenamaan semula sekali lagi. Oleh sebab itu, mereka memilih nama baru iaitu SULTERA (sul-tra). Dengan itu, Sultera berharap nama baru ini dapat membawa mereka lebih jauh dalam bidang perniagaan ini.

Jelas pihak Sultae yang kini dikenali sebagai Sultera, kata dasar Sultera asalnya dari sutera, sebuah simbolik bagi sesuatu yang mahal, berprestij serta premium seiring dengan seleksi rangkaian produk yang ditawarkan.

Sultera percaya bahawa jenama baru ini akan berikan satu suntikan semangat yang baru untuk mereka melebarkan sayap lebih jauh hingga ke persada antarabangsa.

Dengan kenyataan ini, Sultera berharap pelanggan akan sedia maklum mengenai perubahan imej yang bakal dilakukan secara keseluruhan.

Dengan imej baru ini, mereka juga menjanjikan peningkatan kualiti bagi setiap produk yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, pihak Sultera mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan dan berharap jenama baru mereka akan terus mendapat sokongan daripada semua. 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down