Wajib Baca! Tips Berguna Untuk Suri Rumah Yang Suka Masuk Dapur

7,025 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebenarnya kabinet dapur tak besar mana pun tak kisah, tapi yang penting kita kena pandai susun atur barang itu sendiri. Ini bukan hanya sedap mata memandang, secara automatik juga mood memasak tu boleh jadi membuak-buak dengan suasana yang kemas dan tenang. Jadi kali ini Gile Deco mahu berkongsi mengenai tips mudah untuk surirumah di dapur.

Tips Mudah Untuk Suri Rumah Di Dapur :

 

Cara Susun Barang Kabinet Dapur

 

DIY Kabinet Dapur Sendiri, Lelaki Ini Guna Kos Hanya RM94 Sahaja Lengkapkan Dapur Miliknya! - KELUARGAPepatah mengatakan “kitchen is the heart of the home” jadi sangat penting untuk sentiasa menjadikan dapur anda bersih dan cantik kan?

Rumah teres petak memanjang dan ruang yang sangat terhad menjadi salah satu punca kadang-kadang dapur anda berselerak sebab tak ada ruang yang besar sangat. Untuk itu, dengan menyusun atur barang-barang di dapur secara kreatif dan kemas adalah jalan penyelesaian kepada masalah dapur anda berselerak.

Pasangan yang baru berkahwin memang pada kebiasaannya sentiasa berada dalam fasa berhati-hati apabila melibatkan kewangan. Jadi, untuk membeli alat dan mendekorasi dapur mereka secara ‘grand’ untuk kabinet memang jauh panggang dari api lah jawabnya. Oleh sebab itu, untuk fasa permulaan mereka boleh menyusun atur dan menghias dapur dengan tips di bawah.

Tips Yang Wajib Anda Tahu :

Jangan beli periuk kuali terlalu banyak, tapi cukup-cukup untuk yang kita nak guna sahaja. Pertambahan periuk bermakna pertambahan ruang nak simpan.

Dapur kecil mahupun besar saiznya, perkara utama yang perlu diperhatikan adalah penyusunan dan penyimpanan keperluan. Ia termasuklah susunan atau cara penyimpanan bahan makanan, peralatan memasak, pinggan dan mangkuk serta pelbagai lagi. Ini kerana, dapur adalah jantung bagi sesebuah kediaman dan kebanyakkan masa di peruntukkan di dapur berbanding ruang lain.

Oleh itu, bagi memberi keselesaan kepada isi rumah untuk berada dan memperuntukkan masa di dapur, ia perlu dalam keadaan kemas, tersusun, selesa dan cantik. Antara peralatan memasak yang selalu menjadi masalah penyimpanan dan susunan adalah kuali dan periuk. Jika tidak bijak menyusun, ia bakal memakan ruang. Berikut idea susunan periuk dan kuali di dapur yang sesuai dipraktikkan.

[foogallery id="7958"]

Itu sahaja perkongsian yang dapat Giler Deco Kongsikan untuk hari ini. Di harap dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada suri rumah diluar sana.

Like Giler Deco Facebook Page untuk lebih banyak info tentang dekorasi.

Baca juga : 3 Trik Menghias Rumah Kediaman Agar Kelihatan Cantik Dengan Kos Rendah!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down