Semenjak dunia digemparkan dengan penularan virus Covid19 sejak 2 tahun yang lalu, kebanyakan pemilik rumah mula berjinak-jinak dalam bidang pertukangan oleh kerana mahu memanfaatkan waktu yang terluang pada ketika itu.
Disebabkan penularan virus ini jugalah ramai pemilik rumah mula mahir dalam menghasilkan dekorasi dan ubahsuai dengan cara sendiri.
Perkara tersebut turut terjadi kepada lelaki ini yang bernama Mohd Faiez. Berbekalkan bakat yang ada pada dirinya, beliau telah berjaya membina tiny house pada halaman rumah miliknya sendiri.
Bakat terpendam yang dimiliki oleh lelaki ini sangat membantu dalam penghasilan rumah kecil yang kelihatan cukup menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini dengan lebih lanjut di bawah.
 Pembinaan tiny house bagi mengisi masa lapang. Akhirnya siap dalam masa 30 hari.
Terima Kasih kepada mak abah yang bagi semangat dan idea.
Gambar semasa rumah kecil ini mula dibangunkan.
Untuk keluasan tapak, ianya sekitar 10x10 kaki.
Kerangka mula dipasang.
Saiz bahagian pada kayu bawah itu adalah 2x3.
Bahagian lantai sudah selesai dipasang.
Bagi penghasilan dinding dengan menggunakan corak papan sebegini, caranya begini, ia perlu disusun dan letakkan papan secara bertindih.
Kerangka tingkap rumah mula dipasang.
Proses-proses pemasangan dinding kayu hampir siap dilakukan.
Seterusnya pula memasang kerangka bumbung.
Bahagian ini menggunakan besi biru Truss.
Atap zink mula dipasang.
Bahagian dalaman rumah semasa proses pemasangan atap zink.
Ini pula adalah semasa proses penghasilkan tungku kaki.
Cara membuatnya:
Bentuk tungku kaki rumah setelah simen mengeras.
Bagi penghasilan tungku ini, beliau menggunakan 1 beg simen untuk buat 6 baldi campuran simen dan pasir. Penggunaan batu kasar perlu lebih banyak serta perlu memasukkan besi tiga batang supaya ia lebih kukuh.
Proses mengeluarkan simen dari baldi ini kadangkala akan melekat pada baldi tersebut. Cara mudah untuk memastikan ianya senang dikeluarkan adalah dengan mengetuk pada bahagian sekeliling tong tersebut. Nanti ia akan terkeluar dengan sendiri.
Cara meletakkan tapak simen:
Proses untuk meletakkan tapak simen itu pula adalah dengan mengangkat rumah kecil itu dengan menggunakan jek lori.
Rumah ini di jek lebih kurang 2 kaki untuk memasukkan tapak simen tersebut. Ia bertujuan untuk mengelakkan dari air bertakung sewaktu hujan.
Tingkap rumah sebelum dipasang.
Bahagian tangga utama.
Kayu bercorak dilekatkan pada bahagian tepi rumah.
Kayu hiasan bercorak setelah dicat.
Penghasilan pintu ini dari lebihan kayu dinding lalu dibelah dua.
Pintu rumah ini setelah siap dipasang.
Keadaan bahagian dalaman rumah setelah diterapkan sedikit dekorasi simple.
Pandangan dari sudut jauh keadaan rumah kecil dan gazebo setelah selesai dibina.
Pandangan dari arah hadapan.
Sangat cantik dan menarik penghasilkan tiny house ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.