DIY Dinding Wainscoting "Double Frame" Di Rumah Anda

818 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bila disebut je tentang hiasan Wainscoting di rumah anda, sudah pasti anda akan terbayang satu reka bentuk hiasan dalaman rumah yang sangat cantik dek persis sebuah rumah mewah. Lebih-lebih lagi kos untuk membuat wainscoting ini tersangatlah jimat dan memudahkan, namun ianya memberikan kesan cantik pada hiasan dalaman rumah anda.

Selain itu, barang untuk membuat projek ini mudah untuk didapati di mana-mana kedai DIY ataupun kedai Hardware yang berdekatan dengan rumah anda. Sekiranya anda masih tidak tahu bagaimana nak membuat projek Wainsctoing Double Frame" ini dengan senang? Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada Pembekal Kayu Wainscoting ini.

D.I.Y Wainscoting Yang Cantik

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

1) Kayu wainscoting (3pattern. 1 utk chair rail, 2 untuk frame)

2) Gam kayu x-bond

3) Latex sealant

4) Masking tape

5) cat

- jotun majestic putih

- jotun majestic turquoise kod 6084

 

Langkah-Langkah :

1. Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yang diperlukan.

2. Ruang antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci shj. (*Gap jgn terlalu besar, tak cantik).

3. Pilih saiz kayu yang bersesuaian.

wainscoting

4. Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar. Untuk mendapatkn sudut cantuman yang tepat bagi setiap sudut bingkai, gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian.
5. Cantumkan batang kayu menjadi bingkai.
6. Untuk gam bingkai ke dinding, perlu dibuat dengan teliti (supaya tidah senget).
7. Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul2 melekat dan lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering.
8. Isi ruang kosong (rongga2 kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemas.
9. Cat keseluruhan dinding & kayu, untuk tampak lebih 'elegant' dan mewah gunakan cat jotun majestic sheen (kilat).
wainscoting
Tadaa dah siap. Senang je kan nak buat projek Wainscoting ni. Selamat mencuba.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

 

Kredit : Pembekal Kayu Wainscoting

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down