Tips Deco Ruang Solat Selesa Dan Cantik

1,960 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Solat merupakan ibadat yang menduduki tempat yang paling tinggi. Ianya juga merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Jelas prinsip ini turut melambangkan pegangan agama rakyat Malaysia di mana terdapat 60.4 peratus daripada populasi di Malaysia yang beragama Islam. Orang Muslim wajib untuk mendirikan solat fardu sebanyak 5 kali sehari. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai tips hasilkan ruang solat selesa dan cantik.

Seseorang muslim dibenarkan untuk solat di mana-mana sahaja asalkan tempat tu bersih daripada sebarang najis dan jugak selesa buat seseorang untuk mendirikan solat. Min yakin untuk mendapatkan solat yang khusyuk, tempat yang luas serta nyaman turut memainkan peranan yang penting. Ruang solat dibina di rumah tidaklah tertumpu kepada solat sahaja, malah ianya boleh dijadikan ruang untuk tempat anda mengaji bersama anak-anak, tempat mendengar majlis ilmu di laman sosial Facebook ataupun Youtube, dan juga tempat untuk anda berkumpul bersama ahli keluarga yang lain. Jadi, min akan kongsikan kepada anda beberapa tips yang penting dan jugak beberapa reka bentuk yang selesa untuk kita solat di rumah. Min berharap tips ini boleh memberi manfaat kepada anda.

Tips Deco Ruang Solat :

 

1. Saiz untuk ruang solat perlulah sesuai dengan rumah anda. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, anda perlu ikut ukuran yang ngam untuk anak-anak anda. Tetapi bagi keluasan untuk 3 orang, luas saiz bilik tersebut adalah 2.5m x 4m.

2. Susunan perabot hendaklah diletakkan di sisi ataupun di belakang tempat anda mendirikan solat. Perabot yang perlu ada hanyalah tempat menggantung sejadah dan telekung, tempat menyusun naskah Al-Quran, dan jugak tempat untuk kitab-kitab yang anda ingin baca selepas selesai solat. Pastikan saiz perabot hanyalah saiz yang sederhana sahaja bagi menjimatkan ruang untuk kita mendirikan solat.

3. Anda juga boleh meletakkan tanaman hijau yang memberikan bau-bau yang wangi seperti tumbuhan peppermint di ruang solat anda. Hal ini kerana dengan adanya tumbuhan seperti peppermint dapat membantu memperbaiki emosi dan meningkatkan produktiviti anda di rumah.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi manfaat kepada anda.

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down