Tips ini dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Ayu Roses di laman facebook miliknya. Ini adalah pengalamannya sendiri. Perkongsiannya adalah mengenai tips hias bilik berpantang yang simple dan selesa.
Kalau boleh semua ibu-ibu nak berpantang dengan selesa, sediakan satu tempat khas untuk ibu berpantang, nanti takde lah kejap-kejap kat ruang tamu, kejap-kejap kat bilik. Macam Ayu berpantang sendiri, bersalin czer, pergerakan sangat terhad. Ayu pilih berpantang kat dalam bilik je, kat situ kita tidur dengan baby, kat situ salin baju pampers baby. So tak payah susah-susah nak usung baju pampers anak dari bilik ke ruang tamu.
Bahagian ini biarkan isteri yang buat pilihan di mana dia nak berpantang. Yelah sekejap berpantang kat rumah sini, sekejap berpantang kat rumah situ, nani emosi terganggu dan boleh menyebabkan timbul pergaduhan. Tak pasal-pasal nanti meroyan. Mintak dijauhkan.
Ibu dilarang sama sekali tidur diatas lantai tanpa beralaskan tilam atau toto yang tebal ye. Kalau boleh tidur lah di atas katil, memudahkan untuk bangun, tak kira lah bersalin normal atau czer.
Stokin dipakai masa pantang tujuannya elak ibu pijak lantai sebab lantai tu sejuk. Dah terkena kat batang hidung sendiri, biasanya kalau nak mandi perlu tanggal stokin dengan selipar depan pintu bilik air, kalau awal-awal lagi dah tanggal stokin ia boleh menyebabkan satu badan mengigil, dan kena bentan urat.
Sebelum nak melahirkan make sure ibu dah setting barang baby. Letak segala barang baby seperti bedak, minyak angin, wipes, lotion, cotton buds dan sebagainya dalam satu raga. Siapkan juga pakaian baby yang bersih berdekatan dengan tilam/katil tempat ibu berpantang. Sekiranya anda bersalin czer susah nak tunduk-tunduk, anda boleh diy guna meja ikea untuk tukar baju dan pampers baby, barang-barang baby semua ada dekat atas meja, senang nak capai.