Sudah lama Giler Deco tidak berkongsi tips-tips harian yang menarik sering dilakukan di rumah. Jadi, kali ini kami mahu kongsikan satu tips yang cukup berguna terutamanya bagi suri rumah. Kami yakin suri rumah diluar sana pasti menyukainya. Perkara yang ingin dikongsikan adalah mengenai tips jimatkan cecair pencuci pinggan supaya tahan lama.
Sebagai suri rumah benda yang paling penting sewaktu berada didapur adalah cecair pencuci pinggan kerana benda ini digunakan setiap hari untuk mencuci pinggan. Tanpa pencuci rumah pinggan mangkuk rumah anda tidak akan bersih dan berkilat
Akan tetapi, apabila selalu mencuci pinggan semestinya cecair pencuci akan cepat habis tidak sampai sebulan pun sudah perlu beli yang baru. Jom ikuti tips jimatkan cecair pencuci pinggan supaya tahan lama yang disediakan di laman twitter oleh @AinulNunanaa.
Tips 1:
Okey macam yang kita nampak, cecair pencuci sunlight dibahagikan kepada dua botol. Setiap botol dapat separuh cecair pencuci.
Tips 2:
Kemudian masukkan garam. Bagi sebati macam dalam gambar di atas.
Tips 3:
Selepas keduanya sudah dicampurkan dengan garam, isi air sampai penuh dan goncang. Setelah selesai goncang, boleh guna seperti biasa. Hasilnya, bukan setakat dapat jimatkan cecair pencuci, tapi masa membasuh pun jimat sebab apabila mencuci pinggan dan periuk jadi smooth gila walaupun ianya berminyak. Ia akan jadi kesat, licin berkilat. Memang puas hati.
Itulah sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan pembaca di luar sana melakukan aktiviti harian ketika di dapur. Selamat mencuba