Tips Memilih Rak dan Kabinet TV Yang Sesuai

760 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kabinet televisyen atau TV, merupakan salah satu keperluan dalam setiap rumah terutama jika anda sekeluarga gemar menonton TV bersama keluarga di rumah. Anda boleh menikmati rancangan di televisyen tanpa gangguan jika memiliki rak atau kabinet TV yang sesuai di ruang tamu atau ruang keluarga di rumah anda.

Selain berfungsi sebagai tempat meletakkan televisyen atau TV, kabinet TV juga mempunyai dua fungsi lain iaitu untuk menyimpan barang atau sebagai rak untuk meletakkan barangan perhiasan.

Sebab itu, kabinet TV ini perlu nampak cantik, kemas dan berfungsi dengan baik. Lagi-lagi bila kabinet TV ini diletakkan di ruang tamu yang mana menjadi ruang utama bagi setiap rumah.

Jadi apa kriteria penting untuk anda memilih rekaan Kabinet TV? Mari kita lihat tips memilih rak dan kabinet tv yang sesuai seperti berikut :

Tips Memilih Rak Dan Kabinet TV

 

1. UKUR RUANG ATAU DINDING KABINET TVrak dan kabinet tv

Sangat penting untuk anda mengukur dahulu ruang atau dinding untuk anda meletakkan kabinet tv tersebut. Semakin besar semakin flesibel kabinet tv anda.  Jangan lupa ukur saiz tv anda supaya bersesuaian dengan tv kabinet. Jika ruang anda kecil atau sempit, cuba untuk minimumkan penggunaan ruangan. Anda boleh letakkan peralatan seperti dekoder tv, dvd player,game console atau speaker.

2. CAT ATAU PASANG WALLPAPER DI BELAKANG KABINET TVrak dan kabinet tv

Jika anda mahu jadikan kabinet tv anda sebagai titik tumpu atau focal point dalam rumah anda, anda boleh jadikan dinding anda sebagai latar belakang kabinet tv anda. Anda boleh pilih seleksi warna cat yang berwarni- warni atau pasang kertas dinding yang bercorak minimal.

3. MATERIAL KABINET TV

rak dan kabinet tv

Kebanyakan material kabinet tv ialah papan lapis atau plywood kerana materialnya yang kuat dan sesuai untuk membuat kabinet rekaan moden dan kontemporari. Selain menggunakan material plywood sebagai rangka, anda juga boleh memilih material melamine yang jauh lebih murah daripada plywood.  Untuk menampakkan rekaan kabinet TV yang moden, material lain yang menjadi pilihan sebagai pintu kabinet ialah kaca, acrylic dan besi.

4. REKAAN KABINET TV

Bagaimana mendapatkan rekaaan Kabinet yang fleksibel dan berfungsi dengan baik ? Selalunya kabinet tv mempunyai rangka penstoran di bahagian bawah, tepi atau atas tv. Namun jika anda mahu meletakkan rak di atas TV, pastikan rak tersebut kuat dan tidak diletakkan dengan barang terlalu berat. Selain itu, pastikan rak tambahan tidak mengangu kedudukan TV anda.

5. WARNA KABINET & RAK TV

Kebanyakkan warna kabinet TVyang menjadi kegemaran orang ramai ialah hitam, putih dan coklat. Namun anda mungkin mahu menambahkan seri kabinet TV anda dengan warna - warna yang terang dan menarik seperti merah jambu, biru langit atau ungu violet.

Semestinya seleksi warna yang berbeza mampu membuatkan mood anda gembira ketika menonton rancangan TV.

6. KABINET TV YANG KEMAS DAN RINGKAS

Elakkan meletakkan terlalu banyak barang di kabinet TV. Pastikan kabinet TV nampak kemas dan teratur. Penting untuk anda sorokkan wayar di belakang panel kabinet TV dengan menyediakan lubang dan di belakang atau atas konsol kabinet TV tersebut. Satu lagi cara untuk menjadikan wayar tv tidak berselirat ialah dengan mengikatnya dengan kemas.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Pinterest

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down