Tips Penjagaan Almari Pakaian Supaya Kemas

914 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ini dia tips penting untuk anda semua supaya bilik simpan pakaian anda nampak kemas dan rapi je. Tak bersepah dan bersusun cantik. Mesti sedap mata memandang. Ini hanyalah perkongsian yang ingin dikongsi oleh kami buat anda semua. Mungkin ada lagi cara lain yang lebih baik dan lebih bagus. Perkongsian Giler Deco kali ini adalah mengenai tips penjagaan almari pakaian supaya kemas

Tips Penjagaan Almari Pakaian :

 

Gunakan Penggantung Baju Yang Sesuai

 

Hanger pakaian merupakan alat pelengkap baju yang penting juga di almari pakaian. Jangan pernah meremehkannya. Hanger ini digunakan untuk menggantung baju, khususnya pakaian gaun, long dress, atau pakaian panjang supaya kondisi pakaian tetap rapi. Anda boleh cuba gunakan hanger kayu. Hanger ini membuat almari anda terlihat lebih natural, elegan dan berkelas.

Gantungkan Pegboard (papan pegang)

 

Pegboard merupakan papan keras (hardboard). Ia ialah papan yang dilengkapi dengan banyak lubang (berukuran kecil dan tersusun teratur dalam bentuk grid). Pegboard memiliki sifat sangat spesifik, iaitu tegar/kaku, keras dan kuat. Memasang pegboard merupakan satu idea yang bagus walaupun ia memerlukan pengukuran terperinci, pemeriksaan yang tepat dan juga sokongan yang kuat pada dinding.

Tempatkan Aksesori Dalam Plastik Lut Sinar

 

Memandangkan kotak diperbuat daripada plastik lutsinar, anda boleh mencari keperluan anda dengan cepat dan mudah. Anda boleh gantungkan sahaja aksesori seperti rantai dan anting-anting dengan mudah.

Gunakan Almari Handbag

 

Tips mudah penjagaan handbag yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

  • Simpan handbag yang tidak dipakai ke dalam “dusting bag” untuk mengelakkan kotor atau terkena habuk.
  • Susun handbag dalam ruang penyimpanan di dalam almari dengan elok.
  • Elakkan menghimpit-himpit handbag untuk mengelak kulit handbag terkena antara satu sama lain dan rosak.
  • Letakkan surat khabar atau kertas ke dalam handbag yang tidak dipakai (semasa disimpan) untuk mengelakkan handbag berubah bentuk.

Asingkan Barang-barang

 

Jika anda gemar melancong, anda pasti banyak menyimpan pakaian berbulu tebal, baju sejuk, stokin, sarung tangan dan sarung kepala yang tidak digunakan hari-hari. Oleh itu, asingkan ia daripada ruang simpanan almari utama anda. Boleh simpan ia dalam kotak besar.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down