Tips Tampal Cermin Dinding Rumah Yang Tidak Rata.

987 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penggunaan cermin di dalam ruang kediaman amatlah penting kerana ianya mampu memberi kesan sampingan ruang itu agar kelihatan lebih luas. Selain itu, penggunaan cermin juga tempat untuk kita berhias lebih-lebih lagi buat kaum perempuan. Sekiranya tanpa cermin, ia akan menyukarkan untuk anda berhias dan menjaga keterampilan diri.

Ianya menjadi kesukaran untuk menampal cermin sekiranya terdapat kawasan keadaan dinding yang tidak rata. Hal ini dapat dilihat melalui perkongsian daripada Puan Affan Ali menerusi laman Facebook miliknya di mana pada awal-awalnya beliau mengalami kesukaran untuk pada dinding rumahnya yang tidak rata.

Namun begitu ianya bukan menjadi penghalang buat beliau untuk mencari solusi dan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Akhirnya Puan Affan mendapat hasil idea yang bernas dan beliau ada berkongsikan beberapa tips tampal cermin dinding untuk menyelesaikan masalah ini.

Jom kita sama-sama saksikan perkongsian daripada Puan Affan Ali.

Tips Tampal Cermin Untuk Dinding Tidak Rata

Sekadar pengkongsian. Saya nak tampal cermin mesti ada masalah dinding tak rata bukan? nah iolls bg tips untuk dpt hasil yg cunss & kemas. Saya sendiri pun try n error jugak. Mula-mula tampal gitu je dekat dinding. Frust tak cantik, senget benget dan yang paling sedih, cermin tu sempat jugak lah dua keping yang jatuh dan pecah. PANGGG!!! berkecai

Lastly tiba-tiba dapat idea nak bukak balik semua cermin tu then nak tmpal dekat plywood dulu. ingatkn idea saya tu tak logik, bagitahu suami. Lepas tu, dia ckp cuba lah, terus saya pergi cari plywood dekat hardware. Beli yang paling nipis ya. dalam RM20++ sekeping. besar size tilam queen gituu.
Mula-mula drill plywood tu dekat dinding. lepas settle baru lekatkan balik guna gam xbond construction tu. boleh cari dekat Mr.Diy tak sampai RM10. Hasilnya Alhamdullillah puas hati. Boleh try tips ni. Saya guna LOTS IKEA
Wow cermin yang pada mulanya tidak boleh ditampal kerana permukaan yang tidak rata tersebut namun kini selepas dicuba tips ini ianya kembali lebih cantik dan berseri-seri ruang rumah anda. Min harap anda dapat mencuba tips yang dikongsi ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana.
Kredit : Affan Ali

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down