Transformasi Bilik Bujang Usang Guna Konsep Modern Monochrome Color

16,319 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Status bujang bukanlah menjadi dinding penghalang dalam cuba untuk mendekorasikan bilik dengan gaya moden. Orang bujang juga berhak untuk memiliki bilik dan rumah yang cantik. Perkongsian kali ini adalah dari warganet twitter iaitu Syakiroar. Beliau berkongsi proses transformasi bilik bujang usang kepada konsep modern Monochrome Color.

Sebenarnya, dekorasi bilik tidak hanya tertumpu kepada mereka yang berkeluarga sahaja. Walaupun ia hanyalah bilik bujang, sudah pasti perlu dicantikkan juga untuk keselesaan diri sendiri.

Jadi, jom sama-sama kita saksikan perkongsian ubahsuai yang dilakukan ini

Transformasi Bilik Bujang Usang

Keadaan ruang bilik sebelum proses pengubahsuaian dilakukan.. Kalau dilihat memang bilik ini kelihatan lusuh.

Transformasi Bilik Bujang Usang

Ruang bilik selepas proses pengubahsuaian dengan gaya baru selesai dilakukan dengan cantik dan mengikut trend terkini.

dekorasi bilik bujang

Ruang belajar selepas diubahsuai.

dekorasi bilik bujang

Keadaan katil pada waktu malam dengan warna lampu tidur yang membuatkan perasaan ingin tidur itu makin terasa.

dekorasi bilik bujang

Keadaan katil pada waktu siang hari.

dekorasi bilik bujang

Dekorasi tepi katil dengan hiasan pokok dan jam loceng.

dekorasi bilik bujang

Hiasan pada ruangan tempat solat yang dihias dengan dekorasi pokok plastik supaya mampu membangkitkan suasana yang segar dan tenang.

dekorasi bilik bujang

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu mereka yang ingin mencari idea dalam cuba untuk mendekorasikan bilik tidur supaya cantik dan sentiasa kelihatan berseri-seri. Bilik usang pun kalau pandai deko lagi cantik dari bilik mewah tau.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down