Transformasi Kabinet Dapur Cantik Peninggalan Arwah Mak

19,042 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kabinet dapur sudah semestinya merupakan barang yang paling wajib ada di dalam rumah terutamanya bahagian dapur. Tanpa kabinet dapur ini dimanakah kita ingin menyimpan segala kuali, periuk dan juga barangan dapur yang cantik? Kalau dibiarkan begitu sahaja sudah pasti akan terdedah dan nampak tidak cantik.

Macam yang dikongsikan oleh KiDz Izan ini. Beliau kongsikan bagaimana beliau melakukan transformasi kabinet dapur lama peninggalan arwah mak mertua. Nak buang tapi keadaan kabinet tersebut masih lagi kukuh dan dalam kondisi terbaik. Warna sahaja ada yang pudar.

Jadi, daripada membazir buang begitu jer lebih baik lakukan transformasi agar nampak baharu. Lagi cantik dan yang penting tak perlu dah beli kabinet yang baru dan mahal di kedai. Jom kita tengok perkongsian daripada KiDz Izan ini.

Dari Kabinet Lama Terus Menjadi Baru! Transformasi Kabinet Dapur Dilakukan Ini Sangat Cantik

Salam jumaat, ada sebuah kabinet dapur yang lama peninggalan arwah mak mertua. Rasa memang nak dibuang jer tapi sayang sebab masih lagi okay.

Tiada rosak cuma ada beberpa bahagian rosak dan warna pudar. Kita modernkan lah ye. Saya pilih cat yang berjenama matt sebab ia cepat kering dan nampak class sikit.

Transformasi Kabinet Arwah Mertua Yang Lama Menjadi Baru

Inilah dia rupa kabinet dapur lama peninggalan arwah mertua ini. Sememangnya kabinet yang dahulu. Tiada rosak apa pun namun kelihatan sangat kuno.

Transformasi Kabinet Dapur
Transformasi Kabinet Dapur

Hasil Transformasi Kabinet Dapur Lama Yang Dilakukan

Alhamdulillah, selepas berhempas pulas dalam melakukan transformasi ini. Akhirnya siap juga projek yang dilakukan ini. Cat yang digunakan adalah jenama matt dan menggunakan warna mysterious blue. Barulah nampak moden kabinet dapur ini.

Transformasi Kabinet Dapur
Transformasi Kabinet Dapur

Tak sangka daripada kabinet lama boleh diubah suai menjadi kabinet baru malah nampak sangat mewah. Pandai beliau mencari warna! Jimat dan tak perlu nak membazir. Selagi mana boleh pakai, kita guna dan ubah suai mengikut citarasa anda sendiri.

Semoga bermanfaat!

Kredit : KiDz Izan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down