Transformasi Lanskap Rumah Yang Cantik Ilham Dari Pinterest

258 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kawasan sebuah lanskap rumah ni kebanyakkannya ubahsuai menjadi sebuah mini garden ataupun tempat melepak. Rugi jika kawasan lanskap rumah tidak diberikan sebuah transformasi yang cantik. Lanskap rumah berpotensi untuk meningkatkan lagi kecantikkan kawasan rumah anda.

Sebab itu, Mohd Hazlan melakukan sebuah transformasi lanskap rumah pada kawasan rumahnya. Dari kawasan yang kosong kini menjadi lanskap yang dipenuhi dengan rumput menghijau dan sedikit deko cantik pada ruangan tersebut.

Proses-proses dalam melakukan transformasi lanskap rumah ini turut dikongsikan oleh beliau didalam sebuah grup facebook. Hasil perkongsian tersebut mendapat reaksi yang positif dari ahli tersebut. Jom kita lihat transformasi lanskap rumah yang dilakukan oleh Mohd Hazlan ini.

Sebuah Transformasi Lanskap Rumah Yang Cantik Dilakukan Ambil Idea Daripada Pinterest

50% done. Kasi transform padang jarak terkukur ke lanskap yang menyejukkan mata sikit. 1st thing first, cari ilham dekat pinterest lepas tu kasi lukis sikit² plan lebih kurang. Baru proceed beli barang dan jalan kerja. Part nak menarah rumput dan buang batu yang paling azab sekali. Lepas setel part ni, lain² punya kerja dah laju sikit. Sebelum tarah rumput tu dah racun dulu seminggu jugak tunggu rumput, pokok liar nak mati layu.

Costing lebih kurang so far

- rumput filipine sekeping rm2.90. Beli dekat shoppe.

- pasir halus 3 skop rm270.

- pebble stone white rm22 seguni 20kg, stepping stone 1x1ft rm8 sekeping. Beli dekat nursery dekat area jalan sg buloh.

- lain² barang berkebun beli hardware terdekat.

- racun tak ingat beli berapa. Pakai sebotol satu liter tu jenis yang meresap. Apa jenis ntah. Resit hilang. Future plan. Bahagian depan mau letak batu miling tar lepas tu letak tong bbq. Jadi bbq area. Bahagian belakang susun concrete slab rapat². Boleh letak swimming pool jenis kanvas tu habuan bapak budak nak terjun gaya bebas.

3, 4, hari pertama memang rasa penat gilet buat tapi lama² dah rasa seronok pulak walaupun tetap penat. Haha, maybe sebab berinteraksi dengan alam kot. Haha.

Proses-Proses Dalam Melakukan Transformasi Lanskap Rumah Cantik Ini

Padang jarak padang terkukur

Transformasi Lanskap Rumah

Part ni paling azab. Nak kasi tarah rumput dan kutip batu lepas racun.

Rumput sudah mari. Beli rumput filipine sekeping rm2.90.

Transformasi Lanskap Rumah

Batu pebble ni seguni rm22 kalau tak silap packing 20kg. Stepping stone 1x1ft rm8 sekeping. Dua2 beli dekat nursery dekat jalan sg buloh.

Siap taruk pasir halus se layer. Rumput pun atur kasi semua dapat matahari sebelum nak tanam esok nya.

Transformasi Lanskap Rumah

Bahagian depan ni plan nak letak batu miling lepas tu letak tong bbq. Boleh la bakaq ikan siakap lepas ni.

Puas hati tengok hasil kerja sendiri walaupun tak semengah mana. Tepi² pagar tu nanti nak susun batu pebble lepas tu letak pasu bunga sikit.

Update sikit Projek Landskap rumah den. Progress dah 90% dah kot ni. Tinggal nak masuk meja kerusi untuk tempat lepak, tong bbq, lightings, pokok, etc dengan susun habis concrete slab kat belakang tu.

Costing so far rm3k++. Dekat bahagian belakang yang ada concrete slab tu masih 50:50 nak letak swimming pool ke atau buaian outdoor yang ada bumbung, lawa pulak nampak buaian tu kat ikea baru² ni.

Transformasi Lanskap Rumah

Ni dia kawasan pada bahagian menghala ke pagar utama. Di sini rumput filipine dah tumbuh sepenuhnya. Kelihatan cantik sangat sebab ianya seakan-akan rumput karpet yang viral tu.

Transformasi Lanskap Rumah

Kat sini tempat untuk bersantai dan juga untuk bbq. Tong bbq masih lagi tak ada tapi akan ada suatu hari nanti. Bolehlah kalau nak membakar atau lepak kat sini dengan keluarga tersayang sambil menikmati keindahan bahagian lanskap rumah ini.

Transformasi Lanskap Rumah

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap ini dapat dijadikan inspirasi untuk mereka di luar sana yang ingin melakukan sebuah transformasi lanskap rumah macam dilakukan oleh Mohd Hazlan ini.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Kredit : Mohd Hazlan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down