Penggunaan konsep rumah ladang sebagai dekorasi pilihan sering digayakan pada masa kini. Hal ini kerana, konsep ini dikatakan mempunyai campuran vibes di antara klasik dan moden yang mampu menghasilkan auranya yang tersendiri.
Perkongsian kali ini adalah dari seorang pereka design dalaman rumah yang agak terkenal iaitu Isa Al-Roomie. Beliau telah merealisasikan impian pemilik rumah ini yang mahu melakukan transformasi ruang tamu dan makan bertemakan farmhouse.
Untuk melihat gambar ubahsuai yang dihasilkan, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Transformasi ruang tamu dan makan sebelum, semasa dan selepas siap.
Bertemakan "Farmhouse", banyak element warna-warna kayu diselitkan dalam deko kali ini.
Dinding di cat dengan warna Antique White by Jotun.
Keadaan luar rumah sebelum ubahsuai dilakukan.
Keadaan luar rumah setelah ubahsuai selesai dilakukan. Terus nampak baru dan lebih menarik.
Bahagian tepi dinding dan sliding door sebelum di ubahsuai.
Keadaan dinding tersebut setelah di ubahsuai.
Kabinet hiasan berkonsepkan kayu sebagai penyeri.
Ruang bersantai dan berehat.
Ruang makan sebelum di ubahsuai.
Keadaan ruang makan semasa proses ubahsuai sedang dilakukan.
Keadaan ruang makan setelah barn door selesai dipasang.
Ruang makan selepas di ubahsuai.
Bahagian tangga untuk ke tingkat atas selepas diubahsuai.
Ruang tamu sebelum di ubahsuai.
Walaupun konsep seperti ini banyak menggunakan kayu. Namun, ia bukanlah digambarkan seperti rumah kayu kampung. Ia sangat berlainan dan lebih ke arah konsep yang lebih tenang dan ceria.
Sangat menarik perkongsian pada kali ini apabila melihat pemilik rumah menukarkan rumah lamanya kepada gaya farmhouse yang cukup menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.