Transformasi Rumah Kampung Kepada Ala Moden

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebut sahaja rumah kampung mesti orang fikir rumah kayu yang buruk. Rumah kampung mempunyai auranya tersendiri. Sesetengah orang lebih suka dengan rumah yang ada vibes kampung. Rumah kampung tak semestinya tak boleh dihias cantik-cantik.

Sebagaimana yang dikongsi oleh Cahaya Ilmi ini. Beliau ada menunjukkan bagaimana beliau membuat transformasi rumah kampung ala moden.

Transformasi Rumah Kampung Ala Moden Dengan Mengekalkan Identiti Kayu

transformasi rumah kampung

Beginilah keadaan di luar rumah beliau sebelum dan semasa diubah suai. Hanya rumah kampung yang biasa.

Setelah beberapa bulan, hasilnya sangat menakjubkan dan luar biasa. Sangat berbeza dengan sebelum diubah suai. Ada yang komen mengatakan beranda itu seperti berkonsepkan istana lama negeri Kelantan.

Seterusnya adalah keadaan di dalam rumahnya. Melalui gambar ini kita dapat lihat rumah ini seperti rumah kampung biasa sahaja. Disebabkan itu lah puan Cahaya Ilmi cuba untuk menukarkan konsep mengikut citarasanya.

Dan lihatlah hasilnya. Sangat berbeza dengan yang sebelum. Konsep ala moden. Di luar rumah kayu kampung tetapi di dalam seperti rumah banglo moden yang mewah.

Katanya rumah ini masih belum siap sepenuhnya lagi. Dan masih tidak tahu berapa anggaran kos yang habis untuk menukarkan rumah kampung ke rumah ala moden.

Oleh itu, sampai disini sahaja perkongsian kita kali ini. Semoga anda semua terinspirasi daripada kisah ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down