Transformasi Rumah Papan Lama Jadi Lebih Berseri

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa cakap rumah papan ketinggalan zaman. Rumah papan atau rumah jenis kayu mempunyai keunikan dan keistimewaannya.

Seperti yang dikongsi oleh encik Kai di akaun Tiktoknya. Beliau telah melakukan transformasi rumah papan lama jadi lebih berseri. Pada awalnya dibuat hanya suka-suka sahaja tetapi beliau tidak menyangka ramai yang ingin melihat hasil dekorasi rumah tersebut.

Transformasi Rumah Papan Lama Jadi Lebih Berseri Dengan Secara Menyeluruh

Transformasi Rumah Papan Lama Jadi Lebih Berseri

Pada awalnya rumah ini berwarna merah bata. Hari pertama, beliau cat dahulu dengan warna putih disebabkan warna sebelum tu adalah merah. Untuk memudahkan proses mengecat, disarankan mengguna berus cat.

Pada hari yang kedua, barulah di cat dengan warna pilihan iaitu dark grey. Masa yang diambil untuk cat warna dark grey lebih kurang dalam setengah hari untuk siapkan. Tips untuk mengecat bermula dari atas telebih dahulu.

Pada hari ketiga, beliau mula cat dibahagian dinding batu pula. Bahagian ini beliau hanya menggunakan cat putih sahaja.

Dah siap mengecat, beliau sambung dengan alihkan semua bunga dihalaman rumah.

Untuk bahagian pintu depan rumah, beliau menggunakan cat acrylic tile finish untuk bagi dinding nampak berkilat. Baunya agak kuat jadi pastikan pakai mask.

Bagi hiasan dinding, beliau menggubah sendiri mengikut citarasa. Semua barang dibeli di kedai Eco Shop.

Dan beginilah hasilnya. Hasil sentuhan daripada seorang lelaki. Cantik dan kemas.

Maka berakhirlah perkongsian transformasi rumah papan lama kali ini. Semoga terinspirasi dan dapat manfaat daripada tips-tips yang diberikan.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down