Transformasi Ruang Tamu Simple Sempena Persiapan Hari Raya

4,388 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau hendak ikutkan hati, hari raya ni mesti nak semua baru. Bagi mereka yang berkemampuan, bajet bukanlah sesuatu yang penting untuk mereka fikirkan.

Tapi bagaimana pula dengan orang yang ingin berjimat dan lebih mementingkan simpanan daripada berbelanja? Bak kata orang tua-tua, tak dapat tukar banyak, tukar sikit pun jadilah. Cukup tukar perabot yang mana perlu sahaja.

Dalam memikirkan persiapan hari raya, pasti ramai antara kita yang pening nak ubahsuai rumah macam mana. Betul tak. Jom ikuti perkongsian dari nurulnatasha9623 mengenai transformasi rumah yang telah dilakukan sempena hari raya aidilfitri nanti.

Transformasi Cantik Ruang Tamu Sempena Persiapan Hari Raya

@kakchik9623

simple tuk raya 2021...ad rezki tambah lagi deco💕💕#decoraya2021 #riangraya #fyp

♬ Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza

Keadaan Ruang Tamu Sebelum Dan Semasa Ditransformasi

Raya dah nak dekat. Segan pula bila tetamu datang dengan keadaan ruang tamu macam. Jadi terus ambil keputusan untuk transform ruang tamu sempena persiapan hari raya nanti.

First, buang dulu wallpaper lama sebab nak cat dinding dengan warna lain. Nak bagi mood rumah ni nampak wow gitu.

persiapan hari raya

Tada! Dah siap cat dinding menggunakan warna grey. Nanti nak letak dekorasi sikit dekat dinding ni. Kalau kosong macam ni nampak suram pula.

Hasil Akhir Setelah Transformasi

Deko ala kadar je bersesuaian dengan bajet. Janji selesa dan kemas. In shaa Allah jika ada bajet lebih, sambung deko lagi. Doakan ye.

persiapan hari raya
persiapan hari raya
persiapan hari raya

Sementara tunggu poket penuh, deko macam ni dulu. Ada rezeki kita deko lain pula.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai trasformasi rumah sempena hari raya nanti. Semoga perkongsian memberi manfaat kepada anda.

Sumber : @nurulnatasha9623 (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down