Sudah menjadi impian suami isteri untuk membeli dan memiliki rumah sendiri. Walaupun rumah yang dibeli itu hanyalah rumah lama yang lusuh, itu tidak bermakna ianya tidak perlu diperbaharui dengan konsep baru yang cantik dan menarik.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang isteri ini bernama Niny Ku. Beliau telah melakukan transformasi rumah subsale lama jadikan teratak idaman.
Jom kita ikuti perkongsian ubahsuai yang menarik ini.
Alhamdulillah.
Deco Rumah subsale. Tak apalah penat lelah sementara sahaja. Terima kasih juga dekat suami yang layan kerenah isteri nak buat macam-macam. Tanpa dia tak jadilah macam ini.
Teratak Azwan & Aznie
Proses-Proses Ubahsuai :
Pada permulaan, mereka tidak pernah terfikir nak beli rumah di sini. Sebab beliau merupakan perantau. Namun, apabila sudah tinggal sekali dengan suami, barulah rasa nak ada rumah sendiri.
Sepanjang tempoh pembelian rumah ini. Syukur semua dipermudahkan. Beliau dapat pemilik yang sangat baik. Pemilik tersebut beri masa kepada mereka untuk selesaikan dahulu rumah. Dari bulan Februari, mereka mula kemas. Beliau dan suami sahaja yang buat, cuma siling sahaja upah orang.
Sekarang sudah boleh masuk rumah dan hampir siap sepenuhnya. Bahagian dapur sahaja yang belum siap lagi. Mereka berdua adalah pasangan yang berkerjaya. Jadi, hanya sempat mencuri masa sikit-sikit. Kadang-kadang sampai ke 3 pagi siapkan teratak ini.
Keadaan ruang tamu rumah sebelum diubahsuai.
Proses pemasangan wainscoting pada dinding mula dilakukan.
Kayu wainscoting siap dipasang.
Langkah seterusnya pula adalah pemasangan cermin wainscoting pada dinding.
Keadaan dinding setelah siap diubahsuai.
Laluan ke bilik setelah selesai di deco dengan konsep lebih menarik.
Keadaan ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Bahagian dapur rumah subsale ini sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur juga dipasang wainscoting.
Dry kitchen masih belum siap lagi. Bersepah-sepah lagi, hanya tinggal nak pasang vinyl floor sahaja.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga ubahsuai yang dilakukan pada kali ini dapat memberi bermanfaat kepada semua pembaca di luar sana.
Selamat mendeco.