Rumah Terbiar Di Transformasikan Bermodalkan RM60k

68,095 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah ni apabila lama ditinggalkan dan terbiar begitu sahaja, ia akan menjadi salah satu tempat yang kosong dan tidak berpenghuni. Apabila rumah tersebut tidak berpenghuni, ia akan menjadi 'port', struktur bangunan hancur dan yang lebih teruk daun dan juga pokok besar akan tumbuh dan berlikar didalam rumah tersebut.

Seorang bekas pemain Kedah FA iaitu Azmeer Yusof, telah membeli sebuah tanah dengan rumah yang terbiar di kawasan Alor Setar, Kedah tersebut. Kawasan tersebut telah pun menjadi 'rimba' dipenuhi dengan pokok yang besar dan keadaan rumah yang teruk dan hancur.

Menurut daripada beliau lagi, rumah tersebut telah lama ditinggalkan dan terbiar iaitu hampir 30 tahun. Beliau datang sendiri untuk tengok keadaan tanah tersebut dan sangat terkejut. Tanpa membuang masa, beliau berpendapat untuk membeli dan ingin melakukan transformasi rumah terbiar tersebut.

Rumah "Rimba" Terbiar Di Transformasi Menjadi Baharu Bermodalkan RM60k

Kegilaan apakah ini beli rumah yg dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yg entah ke berapa datang tengok tanah tersebut.

Seseorang memberitahu tanah ini utk dijual. Saya terus ambil keputusan utk tengok sendiri tanah ini kerana tanah ini betul2 di tengah Alor Setar. Tambahan pula, tanah ini berkeluasan 4500sqft. So pada saya agak besar kerana tanah saya di Gombak hanya 2000sqft.

rumah terbiar

RUMAH MENJADI 'RIMBA' , POKOK SEBESAR DEWASA

Setibanya saya di tanah ini, mengucap panjang saya. Allah Allah.. Sejengkal tanah langsung tak nampak. Semuanya dah jadi RIMBA !

Seriusly sangat2 teruk & setahu saya rumah tu dah jadi ‘ port.’ Dan ofcoz rumah tersebut sangat2 menakutkan. Pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah2 ruang tamu rumah.

KEDUDUKAN RUMAH DI TENGAH BANDAR ALOR SETAR

 Saya nekadkan juga utk beli tanah tersebut kerana pada saya rumah boleh dibina. Tapi tanah tersebut takkan dapat dah di tengah2 Alor Setar.

MENGGUNAKAN STRUKTUR RUMAH YANG ASAL

Niat sebenar nak hancurkan terus rumah usang tu. Tapi ayah saya cakap bangunan asal masih kuat. So saya & team plan satu rancangan utk menggunakan struktur asal & repair apa yg patut.

Gambar Keadaan Dan Pembersihan Rumah 'Rimba'

rumah terbiar
rumah terbiar
rumah terbiar
rumah terbiar

Gambar Selepas Transformasi Rumah 'Rimba'

rumah terbiar
rumah terbiar
rumah terbiar

TOTAL 60K UNTUK REPAIR & RENOVATE SEGALANYA

Saya berhabisan 60k untuk repair & lengkapkan segala-galanya. Kepuasan hati tidak boleh dibeli. Skrg saya puas hati dgn apa yg saya buat walaupun ramai yg cakap lebih baik bina rumah baru.

Sumber : Azmeer Yusof 25

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down