Transformasi Rumah Teres Kepada Konsep "European"

82,058 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa sangka rumah yang penuh dengan semak samun mampu di transformasikan menjadi rumah idaman untuknya dan keluarga. Itulah yang dilakukan oleh Suhaiza Safiie untuk memastikan keluarganya dapat tinggal di dalam rumah yang selesa. Jadi untuk perkongsian kali ini adalah mengenai transformasi rumah teres usang yang penuh semak samun kepada konsep rumah ala-ala eropah.

Pada mulanya kawasan rumah dan keadaan disekeliling rumahnya itu dipenuhi dengan semak samun, kayu-kayu kering lama, daun-daun kering dan banyak lagi. Tetapi disebabkan dia dan suami nekad untuk mengubah rumah dan keadaan disekeliling rumahnya, maka hasilnya sangat menakjubkan. Dia dan suami menukarkan rumah usangnya yang serba kekurangan kepada teratak syurga untuk keluarganya itu.

Menurut daripada pemilik rumah itu sendiri. Rumah ini dibeli sekitar tahun 2015 dan keadaan ketika itu boleh dikatakan sangat usang. Namun, Dia dan suaminya cuba untuk tranformasikan rumahnya secara perlahan-lahan dan akhirnya rumahnya siap di transformasikan dan mendapat perhatian oleh netizen apabila dia memuat naik di laman facebooknya. Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar yang dikongsi oleh pasangan ni untuk tatapan anda sebagai inspirasi dalam cuba untuk mentransformasikan rumah usang.

Transformasi Rumah Teres Usang :

"Rumah taman lama. Yang kebanyakkan semua rumah-rumah dekat sini naik tembok sampai depan. Saya yang baru beli ikut sahaja. Tapi tak berani naik tembok la.

Cuma buat pagar untuk keselamatan anak-anak. Majlis pun tak kacau. Jangan susah hati ya semua wahai netizen. Majlis siap puji lagi sebab dah cantikkan rumah ini dari dibiarkan semak samun."

Penjelasan dari pemilik rumah ini untuk memperbetulkan kesalah fahaman netizen mengenai binaan rumahnya itu.

Ini adalah keadaan rumahnya sebelum ditransformasikan menjadi teratak idamannya dan anak-anak.

Pandangan dari sudut hadapan rumahnya. Ternyata sangat unik dan menarik untuk kita saksikan dengan transfirmasi ala-ala rumah barat.

Sudut Pandangan dari luar pagar rumahnya. Pagar ini disiapkan setahun selepas mentransformasikan rumah ini.

Sudut Pandangan dari luar pagar menunjukkan tempat rekreasi dan bersantai bersama keluarga.

Pandangan dari jauh keadaan rumahnya selepas ditransformasikan. Sungguh menakjubkan!

Kawasan halaman rumah dipenuhi dengan tanaman bunga-bungaan.

Tempat bersantai diwaktu petang bersama keluarga.

Transformasi Rumah Teres Usang

Transformasi Rumah Teres UsangKeadaan pokok di luar rumah yang digubah menjadi tanaman yang cantik.

Transformasi Rumah Teres Usang

Transformasi Rumah Teres Usang

Baca juga : Menarik! Lelaki Ini Ajar Langkah DIY Epoxy Lantai Yang Sangat Mudah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down