Ubahsuai Bahagian Belakang Rumah Terbengkalai Menjadi "Mini Garden"

3,118 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rasa dah bosan dan buntu nak buat apa pada bahagian belakanng rumah yang telah lama tersadai? Ikuti perjalanan dan pekrongsian daripada Nor Relawati Abdullah ini dalam melakukan sebuah projek ubahsuai bahagian belakang rumah terbengkalai menjadi sesebuah "Mini Garden" yang cantik dan comel.

Bahagian belakang rumah terbengkalai tersebut memerlukan masa yang lama untuk mengubah keseluruhannya menjadi sebuah mini garden yang cantik. Namun, hasilnya sangay berbaloi apabila selesai ubahsuai yang dilakukan ini.

Bahagian Belakang Rumah Terbengkalai Di Ubahsuai Menjadi Sebuah "Mini Garden" Cantik

Deko2 ruang belakang yang terbengkalai dan bermasalah. Penerangan proses pada gambar. Belum dimurnikan sepenuhnya. Part artistic touch buat mural saya serahkan kepada suami sebab dia jugak yang conteng dinding tu kononnya testing color.

Total kos? Sangat kos effective sebab semuanya guna barang yang dah ada. Just guna semula. Cuma kos belerang j beli hardware. Dalam rm10 macam tu dan modal tulang 4 kerat. Sendiri sensorang buat, sendiri tanggung sakit pinggang. Tq, sekadar perlongsian

Proses Bahagian "Mini Garden" Yang Cantik Dilakukan

Ni bahagian belakang yang terbengkalai. Macam tongkang pecah sebab baru lepas repair paip sumbat kat main hole.

Bahagian Belakang Rumah Terbengkalai

Kerja-kerja pembersihan dan penyisihan barang.

Bahagian Belakang Rumah Terbengkalai

Kaut tanah dan batu hiasan dengan cangkul masuk dalam guni. Dapat 6 guni semuanya.

Tanah dah bersih dan rata

Letak belerang untuk elak binatang berbisa.

Menyusun bata utk buat tapak semaian.

Letak kan tanah didalam.

Asingkan batu hiasan dan basuh. Lepastu, susunkan batu hiasan tersebut.

Bahagian Belakang Rumah Terbengkalai

Lepastu, letakkan rumput karpet untuk naikkan lagi seri bahagian mini garden ini.

Susunkan pokok-pokok sedikit dan hias kan dengan secantiknya. Baru sedap sikit mata memandang.

Bahagian Belakang Rumah Terbengkalai

Kisahnya seguni simen dah keras yang berat yang amat, tak berdaya nak tarik keluar last2 buat tugu kat situ jadi alas pokok kaktus.

Hasil Akhir Hasil Ubahsuai Bahagian Belakang Rumah Ini Menjadi "Mini Garden"

Bahagian Belakang Rumah Terbengkalai
Bahagian Belakang Rumah Terbengkalai

Kredit : Nor Relawati Abdullah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down