Penghasilan dekorasi rumah bukan hanya tertumpu pada bahagian dalaman rumah sahaja. Bahagian luaran rumah juga perlu diterapkan dekorasi supaya ianya lebih seimbang luar dan dalam.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Zha Hassan DZ, dari membiarkan ruang pada bahagian belakang rumahnya itu kelihatan kosong, beliau menghasilkan ubahsuai bahagian belakang rumah jadikan tempat bersantai dan minum petang buat keluarganya.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Alhamdulillah. Siap juga akhirnya. Hasil ID sendiri tempat bersantai.
Ngeteh sambil minum kopi belakang rumah.
Ini adalah keadaan bahagian belakang rumahnya sebelum diubahsuai. Sebelum ini hanya dihiasi dengan tanaman di dalam pasu.
Ini pula adalah keadaan ruang tersebut selepas diubahsuai. Terus kelihatan menarik dan nampak lebih fresh.
Konsep dekorasi yang diterapkan adalah hijau, ia cukup mendamaikan.
Harga untuk karpet hijau yang digunakan itu boleh tahan mahal juga. Anggaran harga adalam sekitar RM700 lebih untuk 25mm.
Pemandangan bahagian ini yang kelihatan sejuk dan tenang membuatkan ianya sesuai dijadikan tempat untuk bersantai selepas penat bekerja.
Pada bahagian pagar rumah dihiasi dengan gantungan bunga.
Bunga jenis ini jika pandai menjaganya, ianya lebih senang untuk hidup.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada anda semua. Semoga bermanfaat.