Apabila bercakap mengenai ruangan santai pada bahagian belakang rumah ini, sesetengah rumah ada ruang santai pada bahagian belakang dan ada sesetengah rumah yang tidak mempunyainya. Yang hanya adalah bahagian belakang rumah yang kosong sahaja.
Untuk rumah yang tiada ruangan santai tersebut, terpaksalah melepas begitu sahaja. Namun, usah risau kerana anda boleh ubahsuai bahagian belakang rumah tersebut menjadi ruangan santai yang diidamkan macam yang dilakukan oleh Siti Nurul Aini Samsudin.
Siti Nurul Aini Samsudin ini telah berkongsikan hasil beliau dan suaminya melakukan ubahsuai belakang rumah mereka dijadikan sebagai tempat bersantai. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Belakang rumah kita tak buat dapur basah, maka kita buat tempat santai. Buat time PKP hari tu.
Planning nak buat tembok batu, disebabkan pkp lama naw kita tukar plan DIY pakai shera plank, artificial grass (shopee), deck (shopee). Kita buat sikit2 sampai siap.
Projek Mengubahsuai Bahagian Belakang Rumah Dilakukan
Projek untuk ubahsuai bahagian belakang ini telah pun bermula.
Terlebih dahulu kita pasangkan shera plank pada bahagian dinding tersebut. Asalnya ingin buat tembok batu namun sebab pkp ambil masa lama sangat sebab tu beralih kepada shera plank.
Bahagian pintu belakang ni juga dalam proses mengubahsuai agar nampak lebih cantik.
Hasil Akhir Projek Ubahsuai Bahagian Belakang Rumah Ini
Selepas berhempas pulas melakukan projek ini, akhir siap juga bahagian belakang rumah ini yang telah diubah menjadi ruangan bersantai dengan family tersayang.
Ramai yang tanya apa barang-barangan yang digunakan untuk mencantikkan lagi bahagian ini. Ini dia list barangan yang saya gunakan.
Sumber : Siti Nurul Aini Samsudin