Projek ubahsuai dan dekorasi sebenarnya tidak terhad dan hanya boleh dilakukan pada rumah kediaman sahaja. Tempat yang sering kita gunakan untuk mencari rezeki juga boleh diubahsuai menjadi lebih menarik dan selesa.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Zuryat Abadi Mustan. Beliau telah melakukan ubahsuai terhadap sebuah bengkel dengan menjadikan ianya berloteng dan nampak baru.
Ingin melihat bagaimana ianya dihasilkan? Boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Hari ini saya mula kerja membina tangga besi untuk naik ke loteng simpanan barang di bengkel. Kerja dalam bangunan. Ubahsuai dan baik pulih bengkel.
Bahagian luar bengkel semasa proses simen lantai dilakukan.
Garaj dicat dengan warna kuning.
hasil setelah proses mengecat selesai dilakukan.
Beberapa bahagian lain masih dalam proses. Cat asas,skim coat, kerangka bilik rehat serta pejabat, kerangka loteng, pemasangan vinyl lantak dan epoxy coating. Kerja baik pulih dan mengecat roller shutter beserta jeriji gelongsor sudah settle.
Bilik kerani semasa dalam proses pembinaan.
Tangga yang dihasilkan ini tidak terlalu lebar. Sekadar cukup untuk naik ke atas. Beliau ambil ukuran lebih kurang 30 inci sahaja.
13 anak tangga dan 1 rest platform. Kerangka tangga gunakan besi 2" x 2" setebal 1.2 mm dan besi 3" x 2" 1.9mm. Tidak tebal tetapi cukuplah untuk menampung beban hidup yang akan menggunakan tangga ini.
Pelan-pelan kayuh siapkan tangga ini dahulu sebab masih banyak kerja lain nak dibuat. Boleh dikatakan agak jemu nak buat anak tangga ini. 13 anak tangga potong, fitting, kimpal berulang-ulang.
Tapak anak tangga berukuran 9" tapak 8" tinggi setiap anak tangga. Tangga ini 1 bahagian daripada kerja-kerja yang akan di buat.
Kerja-kerja kimpalan beliau lakukan sendirian. Kecuali beberapa bahagian lain yang menggunakan simen beliau gunakan pembantu untuk membancuh simen.
Pada bahagian ruang pantri pula, ia adalah gabungan dan kelengkapan bahan terpakai, perabot dari rumah serta kedai Eco, Eco Plus, Ninso, Mr.DIY dan Shopee. Idea asal dari Cik kerani.
Bilik kerani selepas berjaya dibina.
Bahagian dalam bengkel ini.
Sangat menarik idea dan ubahsuai bengkel yang dilakukan ini. Rasanya setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca di luar sana.