Bilik air merupakan satu tempat yang sering digunakan oleh semua golongan. Kadangkala, apabila kita melihat keadaan bilik air yang agak lusuh, pasti akan terasa kurang selesa untuk digunakan. Itu belum lagi bagi tetamu guna, kalau kita pun rasa kurang selesa, apatah lagi orang luar kan?
Disebabkan mahu memastikan bilik air rumahnya kelihatan menarik dan ceria. Wanita ini yang bernama Wahidatul Asma Amirul Mu'minin telah menghasilkan ubahsuai bilik air lama berkonsepkan hitam putih.
Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Bilik termenung tempat favourite dalam rumah. Konsep simple hitam dan putih.
Kedua-dua rak besi itu beli dekat Mr.DIY, Spray warna gold, drill sendiri. Pokok dedaun dari kedai Eco & Shopee.
Wallpaper atas bawah order dekat Shopee.
Bila sampai waktu rajin sahaja kita mendeko. Guna barang-barang murah je.
Alhamdulillah siap juga.
Bahagian bilik air sebelum diubahsuai.
Tempat letak alat mandian.
Bahagian lubang angin juga dideko.
Bahagian tempat letak alat mandian selepas ubahsuai selesai dilakukan.
Gambar penuh bilik air ini setelah diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian ubahsuai bilik air pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.