Menjelang raya yang bakal tiba ini makin ramai bakat-bakat dalam deco rumah mula dicungkil dalam ubahsuai dan mendekorasikan rumah kediaman. Dengan andanya keinginan dalam deco rumah memang anda akan dapat hasilkan sesuatu yang cantik untuk kediaman anda. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari saudara Danial Farhan. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai dalaman rumah hasilkan diy "hidden door".
Selain itu, Kreativiti juga sangat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk ubahsuai dan deco rumah ini.
Jadi jom kita ukuti perkongsian projek diy yang menarik pada kali ini.
Akhirnya siap projek sendiri yang ambil masa 1 bulan lamanya.
Duduk dalam group ni pun terjebak banyak projek DIY .Bermula 7 April panggil orang buat partition biasa dulu. Lepastu lain semua buat sendiri.
Masuk pula bulan Ramadhan, fokus ibadah so tangguh lagi.
Fikir nak dekat raya, baru usaha untuk siapkan. Panggil adik beradik dan cik tunang tolong cat sekali.
Leceh betul nak cat sebab ikut citarasa minat buat design strip banyak macam ni.
Proses pembuatan seperti di dalam gambar di bawah.
Partition guna partition board tapi frame pintu kayu dan pintu plywood sebab nak dapatkan frameless hidden door. Kalau nak lagi tak nampak, engsel buka ke dalam, tapi ruangan terhad. Macam ni dah puas hati dah.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Salam penutup dan Selamat Hari Raya Semua.Â