Ubahsuai Dapur Lama Bertemakan Merah Jambu

1,644 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pemilik rumah mana yang tidak bahagia dan gembira apabila dapur yang digunakan lebih dari 9 tahun mampu diubahsuai kepada konsep dan gaya baru.

Itulah yang dilakukan oleh seorang isteri yang bernama Nurul Sakinah dan suaminya. Setelah sekian lama bersusah senang hidup bersama, beliau memilih untuk melakukan ubahsuai dapur lama bertemakan merah jambu.

Jadi, jom kita saksikan hasil ubahsuai menarik yang dilakukan ini.

Ubahsuai Dapur Lama Bertemakan Merah Jambu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah selepas 9 tahun susah senang bersama, saya dan suami diberikan rezeki oleh Allah S.W.T untuk tinggal di rumah sendiri.

Ini idea dapur idaman saya. Saya dan suami usahakan ikut kemampuan sahaja. Barang kebanyakkan saya beli di Shopee, Mr.Diy, Kedai Eco sahaja.

Saya memang gemarkan warna pink. Ada yang ketawa sebab semua pink, ada yang suka tapi saya seronok sebab ramai yang meraikan kegembiraan saya.

Bahagian dapur sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Dapur Lama
Ubahsuai dapur merah jambu

Bahagian dapur selepas diubahsuai dengan menggunakan warna pink.

Ubahsuai Dapur Lama

Kos untuk menghasilkan dekorasi dengan menggunakan konsep seperti ini sekitar RM15K. Itu baru sahaja untuk counter bar, tabletop dan kabinet atas sahaja.

Material table top yang digunakan adalah jenis mozek.

Ubahsuai dapur merah jambu

Kerusi bar stool yang digunakan tersebut dibeli di Shopee.

Cat pink yang digunakan adalah jenama Nippon Paint code gypsy song: https://shope.ee/9emSUASAr2

Ubahsuai dapur merah jambu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down