Tidak semua orang diberi kelebihan dan kepakar dalam melakar dan melukis sesuatu plan rumah. Jika mempunyai bakat seperti ini, apa kata terjemahkan pada bahagian dapur rumah kita sendiri. Ianya sudah pasti dapat menjimatkan banyak kos dalam menghasilkan ubahsuai bahagian dalaman rumah.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Aisyah Abdullah. Dengan adanya kreativiti pada diri, beliau telah berjaya hasilkan karya seni dengan melakukan ubahsuai dapur rumah gaya klasik moden pilihan hatinya.
Jadi, jom ikuti perkongsian yang sangat menarik dan cukup berseni ini.
Bermula dengan sekeping lukisan diatas kertas, Terhasil lah karya seni klasik dan moden.
Kabinet dapur nyatoh solid wood. Top guna granite, tapi top bar guna kayu semangkuk. Harga saya sudah tak ingat sebab buat dah lama.
Ini adalah lukisan tangan yang dihasilkan olehnya.
Inilah hasil lakaran yang telah siap diterjemahkan kepada satu konsep dapur yang cukup menarik.
Keadaan dapur table top setelah ubahsuai mula dilakukan.
Keadaan dapur setelah selesai diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.
Keadaan dapur rumah pada waktu malam.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap ianya dapat membantu pembaca diluar sana dalam mencari idea untuk cuba melakar sendiri konsep dapur seperti yang di inginkan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.