Dapat memiliki dapur rumah yang cantik dan kelihatan kemas memang menjadi impian buat setiap pemilik rumah. Setidaknya, ia dapat memberikan keselesaan untuk melakukan aktiviti memasak.
Untuk memastikan dapur rumahnya kelihatan lebih menarik, wanita ini yang bernama Saliana Sidekk telah berkongsi satu gambar ubahsuai dapur rumah kayu rumahnya itu lalu ditukarkan kepada konsep yang lebih moden.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti proses ubahsuai dapur yang dihasilkan olehnya.
Assalamualaikum, saya nak kongsi gambar sebelum dan selepas dapur saya ala-ala moden tapi belum siap sepenuhnya lagi. Sinki tak ada lagi. Jadi saya buat tempat lepak keluarga sahaja dulu.
Sebelum ini, rumahnya itu hanya guna lantai kayu papan sahaja. Sekarang ini beliau memilih untuk menggunakan lantai vinyl pula.
Link Shopee:
Bahagian atap rumah ini sebelum pemasangan siling dilakukan.
Keadaan dinding sebelum proses dimulakan.
Proses mengecat mula dilakukan.
Ini adalah keadaan dapur selepas siap. Walaupun kayu tak rata. Tapi tetap cantik.
Pada bahagian pintu ini saya tampal tampal wallpaper brick.
Gambar proses yang dilakukan oleh suaminya ketika mengecat dinding.
Kabinet atas pun beli di IKEA.
Saya letak buai buat sementara sahaja.
Gambar ruang ini setelah selesai di deco. Beliau hasilkan tempat lepak bersama anak-anak dan suami tengok tv.
Ini pula adalah tempat letak katil untuk kami baring sambil tengok tv. Katil ini boleh buka, jadi muatlah kami berempat sekeluarga.
Hasil selepas dapur diubahsuai. Walaupun simple dengan berbekalkan bajet yang terhad juga mampu menjadikan kediaman ini lebih menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari inspirasi untuk deco dapur. Selamat mencuba.