Penghasilan dekorasi rumah tidak semestinya perlu mengeluarkan modal yang besar, ianya juga boleh dilakukan dengan
berbekalkan modal bajet sahaja.Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Maria Atan, setelah membeli rumah ini, beliau mengubahsuai secara berperingkat dengan cara bejet.
Jadi, bagi mengikuti dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Rumah subsale ini suami beli pada tahun 2020.
Hari pertama pindah, otak ligat fikir macam mana nak cantikkan rumah ni dan akhirnya dapat la jugak cantikkan rumah ni dengan modal yang bajet-bajet je.
Walaupun bukan mewah, tapi lebih selesa dari keadaan yang dulu. Alhamdulillah.
Keadan kawasan dapur sebelum berpindah masuk ke sini.
Sebenarnya sebelum dapat dapur seperti ini, ada lagi dapur versi lain selepas kami pindah masuk. Namun, kita pendekkan cerita, tunjuk dapur yang sekarang sahaja.
Tiles lantai yang bercorak-corak. Ruang tamu lain, depan tv lain dan dapur lain.
Mengikut bajet yang ada, beliau memilih untuk pasang lantai vinyl.
Boleh dilihat depan tv tiles warna lain, kawasan dinding serabut dengan casing wayar.
Kita improvisasikan dinding ala-ala batten wall.
Tangga sebelum dipasang vinyl.
Proses pemasangan vinyl dilakukan.
Selagi ada kawasan lapang, disitulah ada casing wayar.
Penghasilan cornice dilakukan dengan cara bajet.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.