Ubahsuai Dinding Yang Lama Kepada Shiplap Wall

12,156 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apa-apa dekorasi rumah yang melibatkan dinding ini semestinya ramai diantara kita cenderung untuk memilih shiplap wall. Shiplap wall antara projek yang sangat senang untuk dilakukan kepada yang ingin melakukan dekorasi dinding. Bahan juga sangat mudah untuk dicari.

Lelaki yang bernama Fazle Ismail ini bernekad untuk ubahsuai dinding beliau yang lama kepada yang baru. Jadi, beliau mengambil inisiatif untuk melakukan kepada deko shiplap wall. Perkongsian beliau telah dikongsikan dilaman sesawang facebook.

Pasti ramai diantara kita ini tertanya-tanya bagaimana untuk melakukan shiplap wall yang senang ini. Apa kata kita tengok cara-cara ubahsuai dinding lama ini diubah kepada shiplap wall yang dilakukan oleh Fazle Ismail ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Ubahsuai Dinding Lama Yang Rosak Menjadi Shiplap Wall

Project lockdown.. Dinding teruk sebab sebelum ni pakai wallpaper.. Saya guna kayu saiz 4 kaki 1inci tebal 9mm.. Kayu beli di shopee je..Frame saya buat guna wire casing untuk sorok kabel2 Internet and wire.

Bahan Yang Diperlukan :-

Cara-Cara Ubahsuai Dinding Lama

1. Ini adalah keadaan dinding selepas membuka wallpaper. Cat yang sebelum ni saya kikis terlebuh dahulu agar dinding tiada kesan cat yang berlebihan.

Ubahsuai Dinding Lama

2. Pemasangan kayu. Kayu saya beli di shopee. Frame saya guna wire casing utk sorok kabel unifi semua.

Ubahsuai Dinding Lama

3. Ini pula proses mengecat kayu tersebut. Lakukan terlebih dahulu 1st coating.

4. Mengecat dinding yang selebihnya.

5. Selepas semua telah dicatkan 1st coating. Biarkan agar kering dan lakukan proses mengecat warna yang anda inginkan.

Ubahsuai Dinding Lama

6.  Catkan keseluruhan ruangan tersebut.

Hasil Akhir

Tadaaaa! Inilah dia rupa dinding lama tersebut yang telah diubahsuai. Terus nampak baru dan cantik jer. Lepas ni, tidak akan guna dah wallpaper sebagai deko dinding. Baik buat shipalap wall jer. Senang dan mudah.

Ubahsuai Dinding Lama

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Harap artikel ini mampu memberikan inspirari kepada anda yang ingin melakukan shiplap dirumah masing-masing.

Sumber : Fazlee Ismail

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down