Sebagai seorang isteri dan suri rumah, sudah pasti akan muncul perasaan keterujaan setelah dapat tahu dapur yang sering digunakan itu akan diubahsuai kepasa satu gaya dan konsep baru yang lebih menarik.
Tambahan lagi, ubahsuai itu bakal dilakukan sendiri oleh seorang kekasih pujaan hati yang bernama suami, sudah pasti membuatkan bertambah sayang. Perkara tersebut telah dikongsi oleh seorang wanita yang bernama Noorashikin Othman. Ubahsuai keseluruhan dapur yang dihasilkan ini adalah berkat air tangan dari suaminya.
Jadi, tanpa bercerita panjang, jom lihat hasil sebelum dan selepas dapur rumah ini diubahsuai.
Hasil tangan Encik suami.
Pengubahsuaian kabinet lama yang berusia 15 tahun. Akhirnya dapat siapkan farmhouse kitchen dengan pemilihan color Midnight Green.
Bahagian dapur ini sebelum diubahsuai.
Dapur selepas diubahsuai.
Konsep yang digunakan adalah ala-ala farmhouse dengan padanan warna midnight green.
Pandangan lebih dekat kabinet gantung.
Bahagian dalam kabinet bawah.
Ruang sinki selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian ubahsuai dapur pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca Giler Deco di luar sana dalam menghasilkan dekorasi dapur mengikut citara sendiri. Semoga bermanfaat.