Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres Dengan Cara Extend

8,549 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

"Jiran sepakat membawa berkat". Itulah kata-kata yang boleh diungkapkan apabila memiliki jiran-jiran yang cukup baik dan suka tolong-menolong di antara satu sama lain.

Jarang kita lihat ubahsuai rumah hasil dari kombinasi dan gabungan idea kreatif seperti yang dilakukan oleh suami kepada Erine Hezreena ini. Beliau bersama jiran-jirannya telah melakukan ubahsuai keseluruhan pada rumah teres miliknya dengan sangat sempurna.

Ubahsuai yang dihasilkan ini kelihatan sempurna disebabkan oleh bakat masing-masing yang dibahagikan cukup rata. Hal ini kerana, ada yang mahir dalam mengukur tepat, ada yang pandai welding, dan ada juga yang pandai dalam perkayuan. Maka, terhasil lah satu ubahsuai dan dekorasi menarik seperti yang di idamkan.

Jadi, untuk mengetahui langkah dan proses ubahsuai dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres Dengan Cara Extend

Transformasi rumah dari 2019 hingga 2021.

Rumah teres setingkat lot tengah (20 x 70). Dari pintu sliding beralih ke pintu sebab sliding asyik rosak.

Part renovate rumah tukar ke pintu upah orang. Selebihnya yang lain semua projek DIY husband bersama jiran-jiran.

Pada awalnya, beliau mengupah orang untuk tukar sliding door kepada pintu kayu. Kemudian, extend ke depan sedikit lebih kurang 10 kaki.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Bahagian tingkap ini menghadap pagar. Pintu disorokkan di sebelah kiri.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Projek awning bersama jiran sebelah rumah dengan cara DIY. Idea bentuk awning dari jiran sendiri. Mereka bersepakat buat yang sama sebab nak nampak seragam.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Ini adalah semasa proses siapkan rangka.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Projek pagar secara DIY ini pula adalah hasil usaha sama dengan jiran sebelah juga serta dibantu oleh jiran-jiran lain. Individu yang duduk bersila itu adalah jirannya.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Suaminya sudah mula seronok dengan projek besi DIY ini.Lalu, diteruskan pula sampai ke dalam rumah.

Bahagian bilik tengah silingnya agak tinggi. Maka, bermulalah projek loteng. Pada bahagian yang susah-susah kena manpower lebih, jiran datang tolong. Untuk bahagian yang mudah dan simple, suaminya buat sendiri.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Hasilnya selepas hampir sebulan, sebab suami kerja. Jadi, projek ini dibuat ketika cuti sahaja. Lantai vinyl flooring ini beliau beli dekat Nilai 3.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Bawah tangga ada ruang kosong. Rugi kalau tidak memaksimakan ruang tersebut. Jadi, isterinya cari idea dalam Google, Pinterest dan Facebook untuk konsep industrial tapi tak jumpa. Kemudian, muncul sedikit idea dan come out dengan design sendiri.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Ini adalah tempat belajar anak-anaknya. Komputer beliau beli secondhnad dengan jiran. Meja, kerusi, rak buku semua dari IKEA.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Akhirnya, sudah siap almari bawah tangga untuk baju anak bujang. Bahagian bawah boleh letak luggage. Pada bahagian kanan pula untuk toto dan bantal.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Dekorasi bilik anak bujang.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Pagar dan awning yang sudah siap dihasilkan. Idea pagar cedok dari Pinterest. Tugas isterinya memang mencari idea.

Selepas itu submit proposal. Suaminya lihat terlebih dahulu senang atau susah barulah lulus. 

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Beliau berkata, isterinya sudah bosan TV menghadap ke sana. Jadi, beliau nak ubah bagi rumah nampak lebih luas.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Apabila sudah alih tempat TV, dinding nampak kosong. Kemudian, cabut wallpaper dan mulakan projek seterusnya iaitu wainscoting dinding.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Keadaan dinding setelah dipasang wainscoting. Projek ini juga dibantu oleh jiran-jiran sebab mereka kata boleh bantu.

Jadi, suaminya konfiden untuk hasilkan DIY wainscoting dengan diamond mirror. Kalau nak upah orang tak mampu sebab sudah semestinya akan habis ribuan ringgit.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Keadaan dinding setelah selesai dicat. Pada permulaan, agak menyesal pilih warna ini sebab waktu itu cat malam.

Lighting tak nampak sangat berbeza dengan dinding sebelah warna putih. Tapi, keesokan harinya beliau sudah mula jatuh cinta dengan warna ini.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Setelah selesai projek wainscoting, kita beralih kepada projek penghasilan shiplap pula. Beliau hanya beli sedikit sahaja dahulu untuk testing sama ada jadi atau tidak jadi. Projek shiplap ini beliau hasilkan sendiri.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Pemasangan sebelah kiri dinding telah siap dilakukan. Kemudian, beliau beli lagi kayu MDF untuk buat sebelah sini pula. Pemasangan untuk kali ini suaminya dapat hasilkan dengan cepat, satu jam sahaja sudah siap dipasang shiplap untuk bahagian sebelah lagi.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Setelah selesai projek penghasilan shiplap wall. Kita beralih pada bahagian pintu pula. Jadi, tugas isterinya macam biasa, scroll cari idea DIY.

Inilah hasilnya, selesai projek makeover pintu dengan menggunakan wainscoting. Kayu beli di kedai hardware berharga RM8 sebatang. 1 pintu guna 3 batang. Jadi, jimat kos, cuma RM24 sahaja 1 pintu tak termasuk cat.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Untuk pintu, permintaan dari isterinya ini berkonsepkan warna industrial blue. Suami beliau berkata gelap sangat nanti. Jadi, tukar kepada warna kelabu.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Bahagian ruang tamu selepas diubahsuai dengan cara extend, pintu di alihkan pada sebelah kanan pula.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Pada bahagian halaman rumah pula, suaminya menghasilkan Garden table. Projek DIY ini hasil kerja suaminya bersama jiran-jiran. Jadi sekali-sekala kalau sudah bosan makan dalam rumah, nak feeling kedai, mereka makan dekat sini. Siap pasang kipas siling lagi tau.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Bahagian hallway juga sudah siap.

Ubahsuai Keseluruhan Rumah Teres

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada pemilik rumah yang mahu berjimat dalam mengubahsuai rumah.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down