Makin lama makin ramai yang dah pandai untuk melakukan ubahsuai pintu lama kembali menjadi baharu. Bukan sahaja ia hanya mudah untuk dilakukan namun bahan-bahan juga sangat simple untuk membuatnya dirumah.
Sesiapa sahaja boleh melakukan ubahsuai pintu ini dirumah. Tidak perlu keluarkan duit lebih mengupah orang. Namun untuk corak pintu yang lebih cantik boleh ikuti cara dilakukan oleh Rawiah Sulaiman ini. Beliau membuat ubahsuai pintu lama rumahnya dengan rekabentuk "Door Panelling".
Hasilnya adalah pintu rumahnya melihat cantik, elegan dan juga eksklusif di mata anda dan juga tetamu yang datang. Jom kita lihat bagaimana proses ubahsuai ini dilakukan.
Beri nafas baru kat pintu lama. Saya share cara buat ye.
Semoga dapat membantu pada yang bertanya dan selamat mendeko pintu bilik yang biasa2 jadi luar biasa. Yang penting penghuninya happy dan kos pun murah.
For more beautiful design paneling door boleh tengok Pinterest ye memang cantik2 rambang mata.
Pintu Lama Menjadi Baharu Dengan Rekabentuk "Door Panelling"
Inilah dia pintu lama yang hendak dilakukan ubahsuai dari pintu biasa menjadi kelihatan baharu. Disebabkan lihat kat pinterest mengenai "Door Panelling" terus nak buat.
Bahagikan ruang sama banyak. Gunakan 6 batang kayu saiz paling kecik 0.5 ×0.5 sebatang 7 kaki.
Coating done untuk pintu ini.
Idea ni dapat bila cat putih, frame tenggelam so saya decide buat frame tambahan guna kayu spin ni saiz 0.5 ×1.5. Tebal sikit supaya nampak timbul bila cat. Sebatang rm3 untuk 10 kaki. Saya guna untuk 3 pintu bilik total kayu spin 6 batang.
Dah siap tampal frame guna gam X-Bond saja. Tak ade guna paku langsung so orang pompuan semua boleh buat.
Dah siap cat pintu. Guna cat minyak grid putih brand nippon rm22 seliter. Kena lapis banyak kali baru cantik. Abaikan frame yang tak siap lagi tu.
Inilah dia hasil akhir pintu yang dilakukan ubahsuai mengikut rekabentuk "door panelling" berdasarkan pinterest. Puas hati selepas melihat hasil kerja sendiri.
Masih ada lagi berbaki 2 pintu ni. Pintu ini dilakukan wainscoting dengan menggunakan kayu lebihan wainscoting.
Dah siap juga coating pada pintu ini.
Frame juga harus dipasang pada kedua pintu ini sama macam pintu yang pertama.
Siap juga wainscoting pada pintu ini. Barulah nampak cantik dan premium melihatnya.
Ini pula adalah dekorasi dalaman rumah milik Rawiah Sulaiman. Masih lagi banyak pembaikkan yang perlu dilakukan. Untuk yang bertanya apa kod warna biru belakang tu, ia adalah 30BB 47/179. Cat adalah jenama Dulux Ambience Pearl Glow.
Sumber : Rawiah Sulaiman