Sangat beruntung seorang insan yang bernama emak apabila memiliki anak yang baik dan sentiasa mengambil berat terhadap keselesaan rumah ibunya. Sudah pasti semua orang akan cuba buat yang terbaik untuk ibu mereka.
Jadi, untuk menghargai jasa ibu di bulan yang mulia ini. Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menghasilkan satu dekorasi rumah khas buat ibu tersayang. Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang anak yang bernama Harmaliza Ramli. Beliau telah menghasilkan ubahsuai rumah lama emaknya itu berkonsepkan dekorasi raya.
Walaupun ubahsuai dan dekorasi yang dihasilkan ini mengikut kemampuan sahaja. Namun, penghasilan dekorasi ini sangat kelihatan kreatif dan menarik.
Jadi, bagi melihat hasil ubahsuai ini dengan lebih lanjut, boleh teruskan di bawah ini.
Deco untuk rumah mak.
Deco simple sahaja janji senang untuk sapu dan kemas. Tak mahu sarat dengan barang-barang. Mudah untuk mak juga nanti. Hanya dekorasi simple sahaja yang mampu dilakukan
Bahagian ruang makan sebelum di ubah suai. Ketika ini masih berselerak lagi.
Ruang makan setelah dikemas. Proses seterusnya pula adalah dengan melakukan dekorasi pada ruang tersebut.
Ruang tamu sebelum di ubah suai.
Ruang tamu setelah dikemas.
Hasil ruang tamu setelah di ubah suai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.