Memiliki rumah yang mempunyai ruang terhad adalah satu cabaran untuk pemilik rumah dalam cuba untuk mendekorasikan rumah masing-masing. Ramai orang yang berfikiran "rumah kecil tak perlu diubahsuai bagi cantik".
Tetapi tanggapan tersebut agak berlainan bagi Encik Syafiq Saff ini. Apa yang dilakukan olehnya patut dijadikan inspirasi. Ubahsuai yang dilakukan sangat menakjubkan. Boleh dikatakan sangat jauh perbezaannya dari dekorasi rumah asal.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Keadaan rumah sebelum proses pengubahsuaian dilakukan. Kalau perasan, keadaan rumah yang belum diubahsuai ini agak suram dan gelap. Di bahagian pintu diselaputi dengan tampalan poster pada dinding dan susunan perabot juga agak simple dan biasa.
Keadaan ruang rumah selepas proses pengubahsuaian mula dilakukan dengan jayanya. Pelekat dinding mula dibuang dan dinding dicat dengan warna putih terlebih dahulu.
Proses pengubahsuaian diteruskan dengan proses wainscoting dibuat pada dinding bagi menambahkan seri pada bahagian dalaman.
Jenis cat dinding yang digunakan adalah Summer Snow (Jotun) kod 1928.
Keadaan dinding rumah setelah selesai diubahsuai dengan gaya baru. Penggunaan gaya ini lebih membuatkan bahagian dalaman rumah lebih kelihatan mewah dan cantik.
Pandangan dari sudut berbeza selepas selesai diubahsuai.
Jenis cat pintu yang digunakan adalah Seamaster Super Glo 6600 White.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu mereka yang mahu mencari idea dalam mengubahsuai rumah yang mempunyai ruang terhad.
Semoga bermanfaat.