Lelaki Ini Sanggup Ketepikan Kehendak Sendiri Demi Ubahsuai Rumah Emak Tercinta

799 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jasa ibu bapa yang melahirkan dan menjaga kita sudah pasti tidak mampu untuk dibalas sepanjang hidup kita. Mereka sanggup bersusah payah dan melakukan apa sahaja agar anak-anak dapat membesar menjadi insan yang berguna.

Walaupun seorang ibu itu tidak pernah mengharapkan balasan daripada anak-anaknya. Namun, sebagai seorang anak, ia sudah menjadi satu tanggungjawab untuk membahagiakan ibu bapa kita dan memberi keselesaan serta kemudahan buat mereka tinggal di rumah.

Itulah yang dilakukan oleh seorang anak ini yang bernama Mohd Asri, beliau sanggup mengetepikan kehendak sendiri demi memastikan ibunya dapat tinggal dalam keadaan yang selesa dan tenang.

Untuk melihat gambar keadaan sebelum dan selepas rumah ini diubahsuai, boleh lihat dibawah ini.

Ubahsuai Rumah Emak Tercinta Bermodalkan RM25K

My biggest flex this year:

Spending almost 25k for renovating my mom’s house. Ma dah boleh ambil wudhuk dalam bilik sendiri dah.

Alhamdulillah. Doakan aku mampu beli kereta untuk diri sendiri pula lepas ni ya guys!

Beginilah rupa rumah ini sebelum diubahsuai.

Keadaan rumah ini setelah diubahsuai dan dideco dengan konsep baru.

Inilah gambar beliau bersama emak kesayangannya. Sudah pasti sejuk perut ibu mengandung kerana memiliki anak yang sanggup berbakti dan melakukan apa sahaja buat emaknya.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down