Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft Hasil Air Tangan Suami Isteri

20,762 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tinggal di rumah kos rendah yang usang tidak bermakna ianya akan terus kekal kelihatan lusuh. Walaupun rumah tersebut hanyalah rumah flat yang mempunyai ruang terhad, ia juga berhak untuk diberikan nafas baru supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nur Azirah. Beliau telah menghasilkan ubahsuai rumah flat kos rendah 650 sqft berbekalkan kudrat dan hasil air tangan mereka berdua sahaja.

Secara kebiasaannya, pemilik rumah lebih memilih untuk melakukan deko secara DIY sahaja. Hal ini kerana, dengan melakukan deko secara DIY dapat menjimatkan kos. Kos yang dikeluarkan lebih murah berbanding mengupah orang.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft

Alhamdulillah rezeki masa anak kedua. Suami mampu beli rumah sendiri. Betul la orang cakap. Rezeki setiap anak itu dalam bermacam-macam bentuk Allah nak bagi.

Rumah flat kos rendah 650sqft. Tak reti nak deco sangat. Asalkan sedap mata memandang. Syukur alhamdulillah. Anak-anak pun puas berlari dalam rumah. Tahun ini tahun kedua duduk rumah sendiri.

Gambar ruang tamu sebelum dan selepas diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft
Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft
Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft

Keadaan sebelum dan selepas bahagian dapur dan ruang makan.

Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft

Keadaan sebelum dan selepas ruang tempat memasak.

Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft

Keadaan sebelum dan selepas bilik tidur.

Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft

Keadaan bilik tidur anak sebelum dan selepas diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft

Gambar penuh idea dekorasi pada bilik tidur anak.

Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft

Dekorasi laluan ke bilik yang simple dengan menggunakan wallpaper brick.

Ubahsuai Rumah Flat Kos Rendah 650 Sqft

Sangat cantik ubahsuai rumah flat hasil tangan suami isteri ini. Walaupun hanyalah rumah flat, ianya juga boleh dideko cantik-cantik supaya lebih selesa dan menarik. Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down